Bertuahnya, sekarang makin ramai peniaga jual makanan dengan harga patut.

Contohnya sebelum ini kami pernah paparkan seorang pemuda jual donat dengan harga 10 sen sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kali ini ada pula kedai yang menyajikan buffet pada harga bawah RM10.

1.Buffet Sarapan RM5 – Naan Corner, Jalan Kerja Air Lama, Ampang Jaya

Tuan Irfan Foner melaporkan dapatan beliau di bawah:

Pagi ini makan buffet breakfast dengan keluarga. Buffet RM 5 sahaja dan boleh makan 25 sajian sesuka hati. Ada nasi…

Posted by Irfan Foner on Monday, February 8, 2016

Dari 7 pagi sehingga 11.30 pagi hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, 25 jenis hidangan terdiri daripada makanan berat, lauk pauk dan kuih muih dihidangkan di kedai ini.

buffetsarapanrm5-01

Dengan harga RM5 dan menu pelbagai, ianya satu pilihan yang sangat berbaloi.

buffetsarapanrm5-02

Melalui kajian kami, buffet ini telah ditawarkan sejak setahun lalu oleh Naan Corner, terletak di hadapan Menate Ampang Jaya.

buffetsarapanrm5-03

Ia menawarkan nasi lemak dengan pilihan rendang daging, ayam dan kerang, bakso dan roti bom.

buffetsarapanrm5-04

Pilihan makanan Pakisan termasuklah capati dengan kuah daging dan sayuran. Menu sarapan barat pula menampilkan 10 jenis hidangan seperti roti bakar, scrambled egges, spaghetti, makaroni dan salad.

buffetsarapanrm5-05

Teh panas, Milo dan 3 jenis kordial ditawarkan secara free flow.

buffetsarapanrm5-06

Mulai 1 Mac, Naan Corner akan mula memperkenalkan buffet makan tengahari pada hari bekerja. Pada harga RM9.90 per kepala, hidangan yang ditawarkan termasuklah laksa Johor, mee rebus dan tandoori gaya Pakistan.

2. Buffet Makan Tengah Hari RM8 – Restoren Hersha Maju, Batu 8, Bukit Kapar

Di Bukit Kapar, Restoren Hersha Maju menawarkan makan tengah hari berharga RM8.

Kanak-kanak 5 hingga 12 tahun, warga emas dan OKU mendapat harga RM6, manakala kanak-kanak berusia bawah 5 tahun makan percuma.

Walaupun kedai baru dibuka 2 setengah bulan dahulu, sambutan yang diterima sangat memberansangkan.

Terdapat 30 jenis lauk-pauk ditawarkan. Ini termasuklah ulam-ulam dan ikan bakar.

“Menu berubah setiap hari dan harga termasuk harga minuman,” kata Sahlawati, pemilik kedai ini.

Masak lemak, masak sambal, ulam-ulaman, ikan bakar adalah sebahagian daripada makanan yang ditawarkan.

Air yang sejuk pula nampak menyeronokkan untuk menyejukkan tekak yang kering.

Ramai memuji kesedapan dan kepelbagaian menu di kedai ini.

Anda boleh berkunjung ke alamat Lot 2320, Jalan Iskandar, Batu 8 untuk menikmati hidangan mengasyikkan ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati FB Page Restoren Hersha.

Semoga anda gembira dengan artikel ini.

Untuk mengikuti perkara-perkara menarik lain dalam Malaysia, jangan lupa like Facebook The Vocket.