IKEA mengumumkan buffet sempena Ramadan telah kembali mulai hari ini, 11 April 2022 sehingga 29 April 2022. Buffet istimewa ini tersedia di IKEA Damansara, Cheras, Batu Kawan dan Tebrau.

Untuk pengetahuan anda, pembelian tiket dan tempahan buffet boleh dibuat mulai hari ini di restoran IKEA dan juga di Swedish Food Market. Sebelum terlupa, barisan untuk buffet akan ditutup 15 minit sebelum masa yang ditetapkan iaitu pada jam 7 malam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harga buffet di IKEA Damansara, Cheras dan Batu Kawan adalah RM29.90 untuk dewasa, RM14.90 untuk kanak-kanak dan percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun. Malah, setiap pembelian tiket buffet dewasa akan mendapat baucar IKEA bernilai RM10 secara percuma.

Manakala untuk IKEA Tebrau, harga buffet adalah RM19.90 untuk dewasa, RM10.90 untuk kanak-kanak dan percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun. Setiap pembelian tiket buffet dewasa akan menerima baucar bernilai RM5 secara percuma.

Setiap hari, menu buffet yang disajikan berbeza dan ia tidaklah seperti jangkaan anda. Bukanlah menu ‘best seller’ seperti sweedish meatball yang disajikan tetapi menu yang berkonsepkan makanan melayu akan disajikan untuk hidangan buffet ini.

Antara hidangan yang disajikan hari ini adalah nasi kerabu, ayam masak padprik, kailan goreng belacan dan banyak lagi. Bagi anda yang mahu mencuba buffet IKEA, bolehlah ke cawangan IKEA seperti dinyatakan dan mencuba hidangan yang disajikan. Berbaloi atau tidak, anda tentukan sendiri.

Kemaskini: Pada hari pertama buffet IKEA ditawarkan kepada umum, selain menu seperti tertera yang dinyatakan ternyata sweedish meatball dan beberapa menu best seller turut disajikan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Tali Putus Ketika Promosi Secara ‘Live’, Netizen Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian

Tuntut Sebanyak RM650 Juta, 650 Pemegang Akaun Saman CIMB Secara Berkelompok