Sudah masuk minggu kedua kita berpuasa.

Saya yakin ada yang sedang mencari-cari tempat berbuka puasa untuk berkumpul bersama-sama keluarga dan rakan taulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jangan risau, ada banyak tempat makan yang menarik, dan di sini kami pilih 5 tempat yang kami kira berbaloi.

Kurang daripada RM50 sekepala, tentunya ini menarik perhatian anda untuk mencuba.

1. Hotel Alami Garden, Seksyen 13, Shah Alam

Pelbagai hidangan Melayu, seperti kerabu mangga, acar rampai, nasi dan lauk pauk, nasi hujan panas, mee, satay, kuih-kuih Melayu dan buah-buahan, kini berada di bawah satu bumbung.

Tidak lagi perlu pening kepala, kerana lihatlah menu penuh, anda pasti kenyang bahagia.

Hanya pada harga RM228 untuk 6 orang (RM38 sekepala), hotel ini terletak di seksyen 13, Shah Alam.

Anda juga boleh mendapatkan pakej untuk 4 orang yang berharga RM160 (RM40 sekepala).

Dapatkan pakej 6 orang atau pakej 4 orang, dengan klik di sini atau sini.

2. Happy Thai, Brem Mall, Kepong

Berbuka puasa dan nikmati rasa Thai istimewa bersama-sama keluarga dan rakan dalam suasana yang menenangkan.

Lebih daripada 20 hidangan pilihan diubah setiap hari termasuklah pembuka selera yang segar, menu utama yang lazat, mee dan nasi serta pencuci mulut yang manis sekali.

Hanya pada harga RM177 untuk 4 orang (RM44.25 sekepala), memang sukar untuk berkata tidak. Dapatkannya di sini.

3. Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya

Lebih 600 orang sudah memilih berbuka puasa di sini.

Manakan tidak, dengan makanan yang sedap dan pelbagai pilihan, harganya setimpal dengan apa yang anda bayar.

Live band juga bakal menghiburkan ketika anda sedang sibuk menjamah.

Bagaimana dengan harganya?

RM169 untuk 4 orang (RM42.25 sekepala), RM88 untuk 2 orang (RM44 sekepala) dan RM49 untuk seorang.

Klik link di atas untuk mendapatkan kupon.

4. Citin Cafe (Masjid Jamek), Jalan Tuanku Abdul Rahman

Berbuka puasa bersama yang tersayang dengan juadah Melayu, Asia dan Barat di Citin Cafe (Masjid Jamek).

Pelbagai lauk pauk Melayu yang menggiurkan hanya buat anda mahu lagi.

Anda boleh menikmati seorang pada harga RM45, atau berdua pada harga RM85 (RM42.50 sekepala).

Dapatkan pakej seorang dan pakej dua orang di link yang diberikan.

5. Kababish Restaurant, Starpoints Hotel Kuala Lumpur

Apa kata, buka puasa kali ini cuba sesuatu yang lain?

Kali ini, kita cuba pelbagai rasa BBQ yang unik dan berbeza.

Nikmati beraneka pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut bersama yang tersayang.

Hanya pada harga RM45 sekepala, pasti anda sukar lupakan pengalaman beriftar di Kababish Restaurant. Dapatkan kupon anda di sini.

Penutup

Jangan lupa gunakan link yang kami beri dalam artikel ini.

Kami pun sebenarnya tidak pasti jika anda walk-in, bolehkah dapat seperti harga yang kami paparkan tadi.

Apa-apa pun kami doakan agar anda sentiasa di bawah naungan Allah dan selamat berseronok berbuka puasa bersama-sama yang tercinta.

Adios, sehingga berjumpa lagi dalam artikel akan datang.