Bagi menyambut ulang tahun ke-110, Bugatti menghasilkan edisi eksklusif Chiron Sport yang memberi penghormatan kepada negara kelahiran jenama berkenaan, Perancis.

Warna Steel Blue dipilih untuk warna asas model Chiron Sport ‘110 ans Bugatti’ dan dapat dilihat warna bendera Perancis (biru, merah dan putih) menghiasi bahagian spoiler, cermin sisi dan kerusi.

bugatti 2

bugatti 3

bugatti 4

bugatti 5

Warna matte black dipilih untuk bahagian rim aloi ini dan kulit berkualiti tinggi digunakan untuk bahagian kerusi dengan logo ‘110 ANS BUGATTI’ ditulis di bahagian atas bagi menambahkan lagi keunikan model Chiron Sport ini. Model ini bakal hadir dengan enjin 8.0-litre W16 yang mampu memecut dari 0-100km/j dalam 2.4 saat sahaja dan kelajuan tertinggi 420km/j.

Hanya 20 unit Chiron Sport ‘110 ans Bugatti’ akan dihasilkan untuk pasaran seluruh dunia. Untuk info lanjut atau menempah model ini, anda boleh berbuat demikian di sini. Siapa agaknya pemilih untuk 20 unit Chiron Sport ini?