Sebut mengenai Bugatti, mungkin ramai yang sudah kenal mengenai model ikonik mereka iaitu Bugatti Veyron yang berjaya memegang rekod yang agak lama sebagai kereta terpantas dunia.

Jenama penawaran kereta eksotik ini baru-baru ini nampaknya telah melancarkan sebuah lagi model baru keluaran mereka. Model keluaran mereka pada kali ini mungkin yang terpantas namun berdasarkan tanda harganya iaitu $18.68 juta (RM76.35 juta) tidak termasuk cukai, Bugatti La Voiture Noire berjaya menjadi kereta termahal dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kereta ini diinspirasikan kepada model terawal Bugatti iaitu Type 57SC Atlantic serta diperkemaskan dengan rekaan yang tampak lebih moden dan sporty. Mengulas dari segi prestasi, Bugatti La Voiture Noire berkongsi enjin yang sama seperti Bugatti Chiron dengan penawaran 1,479 kuasa kuda serta 1,180 tork. Pantas bukan?

Menariknya, kereta ini disasarkan buat pengguna yang bukan sahaja mahukan kelajuan malah mementingkan aspek rekabentuk yang elegen serta keselesaan berada di dalam kereta sukan. Berdasarkan tanda harganya, pastinya kereta ini disasarkan buat golongan bangsawan yang ingin menampilkan status diri mereka dengan menaiki Bugatti La Voiture Noire.

bugatti-la-voiture-noire-05

bugatti-la-voiture-noire-03

bugatti-la-voiture-noire-02

bugatti-la-voiture-noire-01