Kita sedia maklum bahawa Bugatti merupakan pengeluar kereta Perancis yang menerapkan konsep reka bentuk dalaman yang eksotik dan menarik.

Nampaknya Bugatti telah bekerjasama dengan Luxury Living dengan melancarkan perabot rumah rekaan terbaru mereka dengan menyelami kembali kecintaan Carlo Bugatti terhadap reka bentuk dalaman. Ia juga turut menerima sentuhan dalam gaya kontemporari daripada pereka antarabangsa, iaitu Carlo Colombo dan Toan Nguyen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gaya potongan rekaan perabot itu telah diinspirasikan daripada lengkungan dan bahan-bahan yang terdapat pada kereta hybrid Bugatti. Antara koleksi rekaan perabot yang telah direka bersama Luxury Living adalah Chiron Armchair, Chiron Dormeuse, Vitesse Chair dan Marguerite Coffee Table.

Bugatti Home Furniture vckt Bugatti Home Furniture vckt Bugatti Home Furniture vckt Bugatti Home Furniture vckt Bugatti Home Furniture vckt Bugatti Home Furniture vckt

Bugatti Home Furniture vckt

Salah satu daripada koleksi utama perabot ialah Cobra Chair 2019, versi Carlo Bugatti yang telah direka semula pada tahun 1902. Cobra Chair ini dipadankan dengan kulit eksklusif dan fabrik teknikal yang mempunyai serat karbon, batu permata Sodalite dan pembinaan marmar Striato Olimpico. Ianya hanya terhad kepada 110 buah sahaja, sempena menghormati 110 tahun Bugatti.

Harga untuk koleksi kerusi Bugatti ini masih lagi belum diketahui namun ianya dijangka bakal diumumkan tidak lama lagi. Nantikan sahaja maklumat mengenai harga untuk koleksi ini.