Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang pengumpul kenderaan mewah dengan hasil kekayaan karier yang dicipta sejak tahun 2002 lagi.

Ketika Cristiano Ronaldo sedang bercuti di ‘Tramuntana Mountain’ yang terletak di Sepanyol, seorang pengawal peribadi telah hilang kawalan semasa memandu Bugatti Veyron miliknya sehingga mengakibatkan hypercar itu terbabas melanggar dinding di kawasan kediaman Sa Coma, Bunyola, Palma de Majorca. Tempat di mana bintang Manchester United itu sedang bercuti bersama ahli keluarganya di sebuah villa mewah.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Sumber Gambar: The Sun

Bahagian hadapan Bugatti itu dipercayai telah remuk dan penyiasat polis trafik memaklumkan bahawa tiada kenderaan lain terlibat semasa kemalangan itu berlaku. Beberapa pihak berkuasa lain, Dewan Perbandaran Bunyola, pegawai Pengawal Awam turut berada di tempat kejadian.

Insiden itu dipercayai berlaku pada pukul 11 pagi, hypercar itu merempuh pintu sebuah rumah desa dan masuk ke dalam pondok botol butana sehingga musnah sepenuhnya, berhampiran Hospital Joan March.

Pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dipercayai telah menandatangani sendiri laporan kemalangan itu.

“Kereta itu merempuh dinding tetapi hanya terdapat kerosakan material sahaja tanpa melibatkan sebarang kecederaan dan pemandunya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

“Maklumat mengenai pemandu dan apa yang berlaku semasa kejadian telah didaftarkan pada pangkalan data polis dan ia tersedia untuk diakses oleh pihak mahkamah atau pegawai jika mereka perlukan butiran lanjut untuk membantu siasatan,”

“Tetapi data itu lebih kepada kes maklumat yang perlu didaftarkan supaya pemilik harta yang rosak boleh membuat tuntutan pampasan dan menggunakan laporan polis sebagai sandaran sekiranya terdapat sebarang pertikaian tentang bagaimana kerosakan telah berlaku,” terang satu sumber dipetik daripada The Sun.

Selain memiliki sebuah Bugatti Veyron yang bernilai £1.7 juta (RM9.17 juta), pada tahun lalu bintang bola sepak berusia 36 tahun itu dilaporkan telah membeli sebuah model hypercar yang eksklusif dan edisi terhad, Bugatti Centodieci. Ia berharga £8.5 juta (RM45.87 juta) dan dibina dalam kuantiti terhad 10 unit sahaja.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Bugatti memang ‘memilih’ semasa menawarkan model kereta edisi terhad kepada pelanggannya, bagaimanapun ada seorang pengumpul kereta eksotik Malaysia berjaya mendapat kepercayaan jenama kereta mewah dari Perancis itu. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Ini Proses ‘Private Collector’ Malaysia Beli Model Bugatti Edisi Terhad Bernilai RM25 Juta

Model Bugatti ‘One-Off’ Bernilai RM55 Juta Sedia Dihantar Kepada Pemiliknya

Bugatti Dan Rimac Bergabung Tubuhkan Entiti Baru, ‘Bugatti Rimac’