Pengeluar hypercar dari Croatia, Rimac Automobili telah mengumumkan penggabungan dengan pembuat hypercar dari Perancis, Bugatti Automobiles pada hari semalam. Menurut AP News, penggabungan kedua-dua syarikat itu dianggarkan bernilai jutaan euro.

Penggabungan kedua-dua nama besar dalam dunia automotif ini turut melibatkan pengeluar sportcar dari Jerman, Porsche AG. Ketiga-tiga pengeluar kenderaan berkuasa tinggi ini akan duduk di bawah satu entiti pengeluar hypercar baru yang dikenali sebagai Bugatti Rimac.

vocket-bugatti-rimac-bergabung-2
Sumber Gambar: Rimac Automobili
vocket-bugatti-rimac-bergabung-3
Sumber Gambar: Rimac Automobili

Pegangan saham bagi Bugatti Rimac LLC dipecahkan seperti berikut, pegangan saham majoriti sebanyak 55% milik Rimac Automobili dan baki 45% milik Porsche AG. Manakala Bugatti pula akan dibawa masuk ke syarikat gabungan oleh pemilik semasa (Volkswagen) dan sahamnya kemudian akan dipindahkan kepada Porsche.

Pengasas Rimac, Mate Rimac mengekalkan pegangan saham asalnya di Rimac Group sebanyak 37%, manakala Porsche (27%), Hyundai (12%) dan pelabur lain sebanyak 27%.

Penubuhan entiti syarikat baru ini tidak menghalang Bugatti dan Rimac untuk terus beroperasi sebagai jenama berasingan dan mengekalkan kemudahan pengeluaran dan saluran pengedaran di negara asal masing-masing.

vocket-bugatti-rimac-bergabung-4
Sumber Gambar: Rimac Automobili

Rimac Campus yang terletak di Sveta Nedelja, Croatia bakal menjadi ibu pejabat global Bugatti Rimac dan Rimac Technology. Kampus yang seluas 24.7 ekar ini dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2023 akan datang.

Di baru kampus ini nanti, Bugatti akan menyumbangkan pengetahuan dan kekuatannya dalam pengeluaran carbon fibre, siri produksi kecilan dan rangkaian rakan kongsi dari seluruh dunia yang berpengalaman.

Manakala Rimac Technology pula akan fokus pada pembangunan, pengeluaran serta pembekalan sistem bateri, dan komponen EV yang lain. Syarikat yang dimiliki 100% oleh Rimac Group ini akan kekal sebagai satu entiti yang bebas bekerjasama dengan pelbagai pengeluar kereta global.

vocket-bugatti-rimac-bergabung-5
Sumber Gambar: Newsroom Porsche

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rimac Group, Mate Rimac juga akan mengetuai kedua-dua pasukan baru Bugatti Rimac dan Rimac Technology. Syarikat Bugatti Rimac akan menggabungkan sumber serta kepakaran dalam penyelidikan dan pengembangan, produksi dan bidang lain untuk masa depan syarikat Bugatti dan Rimac.

“Ini adalah saat yang sangat menggembirakan dalam sejarah Rimac Automobili yang berkembang pesat dalam masa yang singkat.

“Saya tidak dapat memberitahu anda betapa gembiranya saya dengan potensi dua jenama luar biasa ini yang menggabungkan pengetahuan, teknologi dan kepakaran untuk membuat beberapa projek yang sangat istimewa pada masa akan datang,” terang Mate Rimac dalam satu kenyataan rasmi dibuat baru ini.

Ternyata berita penggabungan ini mengejutkan orang ramai serta membuatkan peminat kereta berprestasi tinggi ternanti-nanti apakah projek baru yang akan diperkenalkan dua jenama gergasi ini pada masa akan datang.

Sementara itu, Bugatti sudah bersedia untuk menghantar model ‘one-off’ yang bernilai RM55 juta kepada pelanggan istimewanya.

Model Bugatti ‘One-Off’ Bernilai RM55 Juta Sedia Dihantar Kepada Pemiliknya

Bugatti La Voiture Noire Dilancarkan Sebagai Kereta Termahal Dunia

Ini Proses ‘Private Collector’ Malaysia Beli Model Bugatti Edisi Terhad Bernilai RM25 Juta