Berjaya menjadi pengeluar kereta terlaju dunia melalui model ‘Veyron’, jenama ini bakal meneruskan legasi mereka melalui model Chiron Sport yang diumumkan dengan versi terbaru.

Model yang bakal dikeluarkan pada tahun 2019 ini turut menawarkan beberapa ciri-ciri terbaru buat para pengguna. Perubahan utama yang diberi penekanan adalah pengendalian dan chasis. Pembaharuan lain yang ditawarkan adalah warna baru untuk bahagian hadapan yang turut dilengkapkan dengan gentian karbon.

Bugatti Chiron Sport didatangkan dengan enjin model terdahulu dengan 1,479 kuasa kuda. Melihat kepada angka kuasa kuda model ini sudah pastinya anda dapat membayangkan betapa lajunya supercar ini.

Kesemua pembaharuan yang ditawarkan ini sudah pastinya ditawarkan dengan harga premium. Berdasarkan laporan daripada TopGear, Bugatti Chiron Sport dilaporkan akan dijual dengan harga sekitar $3.26 juta (RM12 juta). Sanggupkah anda mendapatkannya?

bugatti-chiron-sport-2019-2

bugatti-chiron-sport-2019-3

bugatti-chiron-sport-2019-4

15_bugatti_chiron-sport_steering-wheel_web

17_bugatti_chiron-sport_keys_web

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤