Kalau sebut tentang kereta terpantas di dunia, Bugatti Veyron pastinya kereta pertama yang bermain di fikiran. Rekod dunia untuk kereta terpantas adalah 429km/j.

Kepantasan Bugatti Veyron sebenarnya pernah dikalahkan oleh Hennessey Venom GT pada tahun 2014 dengan kelajuan 436km/j. Tetapi rekod itu tidak sah kerana hanya 16 kereta Venom GT ini dijual kepada umum. Minimum jumlah kereta yang perlu dihasilkan adalah 30 unit untuk secara sah memegang rekod dunia.

Namun, rekod Bugatti Veyron telah dikalahkan oleh supercar dari negara Sweden. Koenigsegg Agera RS baru-baru ini mencatat kelajuan 437km/j dan 444.6km/j menjadikannya kereta terpantas ketika ini! 4 kali ganda kelajuan maximum di lebuh raya PLUS.

Kejayaan kereta dengan nilai jualan RM8.3 juta ringgit ini turut dirakam di ruangan dalam kereta yang anda boleh lihat videonya di bawah. Kereta ini dipandu oleh Niklas Lilja dan dipandu di lebuhraya Nevada berdekatan Las Vegas.

Ada yang berpendapat Agera RS ini boleh pergi lebih laju dan mencecah kelajuan 300mph (482km/j)! Masalah tayar menjadi faktor utama kenapa mereka tidak dapat untuk pergi lebih laju. Sehingga terdapat tayar yang lebih baik di pasaran yang dapat menahan haba, rekod kereta ini dicatat pada kelajuan 444.6km/jkm/j.

Bukti bergambar sudah ada dan kini pihak Koenigsegg perlu menjual lebih 30 unit untuk menjadikan Agera RS kereta terpantas di dunia. Mungkinkah kereta ini akan berada di dalam radar Sultan Brunei dan Sultan Johor? Sultan Brunei dan Sultan Johor terkenal dengan koleksi supercar yang awesome dan TMJ sendiri mempunyai Bugatti Veyron. Apa kata anda dengan model Agera RS ini?

Sumber