Mungkin ramai yang tidak tahu perbuatan menggunakan penghawa dingin dan kipas siling dalam waktu yang sama sebenarnya boleh menjadi punca kepada masalah penapis penghawa dingin tersumbat dan bil elektrik melambung tinggi di rumah anda.

Perkara itu dikongsikan seorang juruteknik, Muhammad Noramin Mat di laman Facebook melalui satu kiriman yang dibuat pada 20 Februari lalu.

“Semalam aku ada bagitahu pasal on penghawa dingin dan kipas biasa.

“Kalau korang nak tahu, bila korang on je dua-dua benda ni dalam masa yang sama, nanti suhu panas dan dingin boleh bergaul.

“Lepas tu nanti, penapis (filter) penghawa dingin korang pun cepat tersumbat,” kongsinya di Facebook.

Dalam kiriman tersebut, Muhammad Noramin turut memuat naik dua lukisan yang dibuatnya bagi menjelaskan perkara itu dengan lebih terperinci.

Di Gambar A di bawah, beliau menunjukkan situasi di mana penghawa dingin berada dalam keadaan on dan kipas siling tidak dibuka.

kipasa
GAMBAR A

Menurutnya, bila berbuat demikian kitaran hawa panas dan dingin berada dalam keadaan yang lebih baik.

Bagaimanapun, lukisan keduanya selepas itu yang menunjukkan kedua-dua penghawa dingin dan kipas siling dibuka dan berada dalam keadaan on akan menyebabkan penghawa dingin anda keliru dengan suhu ruang bilik.

kipasb
GAmbar B

Perkara ini sekaligus menurutnya akan menyebabkan kitaran hawa panas dan dingin bercampur dan berkemungkinan menjadi salah satu punca kenapa bil elektrik di sesebuah rumah melonjak tinggi daripada kebiasaan.

Bagaimana pula pendapat anda mengenai perkara ini? Ada yang pernah membuat perbandingan bil elektrik mereka ketika menggunakan penghawa dingin sahaja berbanding dengan menggunakan kedua dua kipas dan penghawa dingin?

Berikut kami sertakan sekali kiriman asal oleh saudara Muhammad Noramin Mat di Facebook sebelum ini.

Baca kisah mengejutkan keluarga ini di mana si anak meletakkan syarat untuk bapanya memasang penghawa dingin seandainya mahu dia pulang ke kampung. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Penghawa Dingin Jadi Syarat Kepada Bapa Jika Mahu Anak Pulang Ke Kampung

Sony Kongsi Inovasi Baju Dengan ‘Aircond’ Saiz Poket