Dari awan biru ke darat, restoran Santan telah buka cawangan pertama di MidValley dan kini cawangan kedua telah dibuka secara rasmi di pusat membeli-belah Sunway Pyramid.

Mendapat sambutan yang hangat menjadi sebab cawangan kedua dibuka. Santan adalah jenama makanan dalam penerbangan pertama di dunia yang boleh didapati di restoran.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

Santan Sunway Pyramid Interior_1

Santan Sunway Pyramid Interior_2

Oleh itu, Santan tawarkan promosi 2 hidangan kombo yang terdiri daripada satu makanan dan minuman setiap kombo dengan hanya RM20 sahaja sempena dengan pembukaan cawangan kedua restorannya.

Sebelum terlupa, promosi ini tersedia pada waktu terhad dan boleh didapati untuk menjamu selera, bawa pulang dan penghantaran di cawangan Sunway Pyramid serta boleh dipesan di santan.com.my dari 22 sehingga 31 Julai 2020 menggunakan kod promosi SUNWAY.

Tahukah anda bahawa anda juga boleh membeli hidangan yang diingini dengan menebus mata ganjaran AirAsia dan lebih mudah buat pembayaran menggunakan  kad prabayar BigPay. Anda yang belum ada kad BigPay boleh daftar dan menggunakan refferal code 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10.

P/s: Tidak cukup makan hidangan panas di restoran Santan, anda juga boleh dapatkan rangkaian produk beku siap dimakan seperti Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Padang dengan Rendang Daging, serta menu baharu yang diilhamkan oleh Asean seperti Nasi Lemak Goreng dengan Ayam Goreng Berempah, Ayam Goreng dengan sos Keju Rempah dan Gado-gado.

Sebelum ini, AirAsia telah perkenalkan pas penerbangan tanpa had domestik. Klik pautan di bawah untuk baca perkongsian pengguna pas penerbangan tanpa had tersebut.

Ternyata Bukan ‘Scam’, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Pusing Malaysia Guna AirAsia Unlimited Pass

CEO Syarikat Penerbangan Turun Padang Jadi ‘Runner’ Hantar Makanan Kepada Pelanggan

Pestle Mortar Bawakan Elemen ‘Streetwear’ Ke Udara Dengan Kolaborasi Bersama AirAsia

Anda Mungkin Suka