Sebut sahaja TikTok pasti ramai sudah terbayang video lucu yang sering menjadi tontonan ramai. Semestinya aplikasi ini trend yang makin hangat dan menjadi ikutan ramai orang.

Terbaharu, perkongsian seorang pengguna Twitter @magmalaya telah menjelaskan beberapa manfaat yang orang ramai boleh dapat melalui aplikasi TikTok. Untuk pengetahuan anda, beliau sudah berhijrah dan menetap di Guangzhou selama 12 tahun dan menggunakan aplikasi itu mengikut trend pengguna di China.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

Ramai orang beranggapan bahawa aplikasi TikTok hanyalah aplikasi untuk penggunanya berhibur. Akan tetapi, menurutnya terdapat manfaat lain yang boleh didapati melalui aplikasi tersebut dari segi pendidikan, bisnes, travel, tip kehidupan, nasihat kewangan dan banyak lagi.

Tidak percaya? Oleh itu beliau telah kongsikan beberapa video TikTok yang mengandungi konten bermanfaat yang mungkin akan mengubah perspektif anda pada aplikasi ini. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

1. Travel 

2. Komunikasi

3. Kemajuan teknologi

4. Kesihatan

5. Pembelajaran

6. Ketahui kelemahan produk jenama terkenal

Rupanya memang terdapat pelbagai konten yang bukan sahaja ‘fun’ tetapi juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita. Anda hanya perlu ikuti akaun yang menghasilkan konten seperti itu dan TikTok akan berikan feeds yang sama.

Selain itu, beliau turut berkongsi ada juga akaun yang cukup ‘power’ menjual produk menggunakan aplikasi TikTok dengan berkunjung ke kilang tembikai, pameran kareta atau lain-lain.

Anda takut terleka melihat konten-konten yang menarik di TikTok? Tidak perlu risau kerana aplikasi tersebut akan memberikan reminder untuk anda berehat seketika.

Menurut beliau, pelbagai manfaat yang beliau terima menggunakan aplikasi TikTok ini. Akhir kata, gunakanlah aplikasi ini untuk perbaiki kehidupan anda dan manfaatkan kemudahan yang ada bukan sebaliknya.

Tidak dapat disangkal bahawa aplikasi TikTok ini turut hype di Malaysia. Apa kata baca artikel berkaitan TikTok pada pautan di bawah ini.

‘Sponsor’ Pekerja Ke Mekah, Rupanya Ini Identiti Sebenar Lelaki Cina Yang Tular Di TikTok

Sering Dianggap Aplikasi Murahan, Ini 10 Fungsi Hebat WeChat Yang Ramai Tidak Tahu

Perak Mahu Guna TikTok Untuk Promosikan Tempat Pelancongan

Anda Mungkin Suka