Sejak dua hari lepas, satu Malaysia memberikan pelbagai reaksi apabila melihat beberapa gambar dan video kereta polis baharu BMW M3 yang tular di serata platform media sosial.

Memetik laporan Astro Awani, pihak PDRM masih di peringkat pandu uji atau pembuktian konsep (Proof Of Concept/POC) selama dua minggu sebelum membuat keputusan untuk membeli lima jenis kenderaan yang terdiri sebuah BMW M3, dua buah BMW X3 dan dua buah Volkswagen Tiguan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“PDRM pada masa ini hanya menggunakan kereta berkenaan selama dua minggu sebagai percubaan tanpa apa-apa perjanjian.

“Tujuannya adalah untuk kita mendapat maklum balas sama ada kegunaan kenderaan ini sesuai atau tidak bagi sebarang penugasan dalam PDRM,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Berita Harian pula, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata dalam tempoh dua minggu ini kenderaan berkenaan akan digunakan oleh Jabatan KDNKA, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan cawangan pengiring.

Sumber Gambar: WapCar

Tambah Datuk Hazani lagi, PDRM juga sedia maklum tentang kekangan kewangan yang dialami oleh kerajaan semasa pandemik COVID-19 ini namun tawaran yang diberikan oleh syarikat berkenaan hanyalah untuk pandu uji sahaja.

Kini sudah terjawab spekulasi-spekulasi yang dilontarkan oleh orang ramai yang mendakwa kereta-kereta tersebut telah dibeli oleh pihak PDRM ataupun ianya hanya sekadar kereta props untuk filem ‘The Catcher‘.

Pada hari Khamis lalu orang ramai digemparkan dengan beberapa gambar dan video kenderaan jenama BMW dan Volkswagen lengkap dengan livery PDRM. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

PDRM Bakal Uji BMW M3 Sebagai Kenderaan Rasmi?

Kos Produksi Cecah RM50 Juta, ‘The Catcher’ Bakal Pecah Rekod Filem Termahal Malaysia