Beberapa hari lalu, Hamas dan Jihad Islam Palestin (PIJ) telah membalas tindakan Israel yang menyerang Masjid Al-Aqsa dengan melakukan serangan balas menggunakan roket buatan sendiri.

Perisikan Israel menyatakan bahawa kekuatan roket Hamas tidak boleh dipandang rendah. Sekurang-kurangnya terdapat 5,000 hingga 6,000 roket di ibu pejabat Hamas. Pelbagai versi roket dapat menjangkau pelbagai kawasan di Israel.

Bukan hanya roket, Hamas juga memiliki ribuan mortar yang mampu mencapai penempatan Israel di sempadan Gaza.

Pada permulaan awal konflik Hamas dan Israel, para pejuang Palestin kebanyakannya bergantung harap pada Iran dan beberapa negara lain bagi menentang kekejaman Israel di sana.

image.adapt.990.high.idf_missle_chart_072914.1406661721882
Al Jazeera

Tidak mahu terlalu berharap pada bantuan luar, Hamas akhirnya membina peluru berpandu buatan sendiri. Roket buatan mereka pada awalnya dikatakan tidak mampu mencapai jarak yang jauh, tetapi ia cukup kuat untuk mengejutkan Israel.

Namun sejak beberapa tahun yang lalu, keupayaan Hamas dan PIJ dalam membina peluru berpandu buatan sendiri menjadi semakin canggih. Hamas dan PIJ sudah mula menggunakan roket buatan sendiri semasa Perang Gaza pada tahun 2014.

Pada tahun tersebut, difahamkan bahawa peluru berpandu buatan Hamas seperti R-160, M-302D dan M-302 berjaya mencapai jarak yang cukup jauh. Jangkauan peluru berpandu itu dikatakan mampu sampai sehingga 100-160 kilometer.

Selain peluru berpandu kepunyaan Hamas, PIJ juga mempunya peluru berpandu buatan sendiri yang hampir sama kekuatannya dengan peluru berpandu Hamas. Difahamkan bahawa peluru berpandu kepunyai PIJ yang diberi nama Buraq-100 mampu mencapai jarak sehingga 100 kilometer.

F160821ARK08

Tidak cukup dengan itu, PIJ dan Hamas juga mempunyai peluru berpandu jarak pendek dengan kejauhannya mampu mencapai 70-80 kilometer. Peluru berpandu ini dikatakan lebih ditakuti oleh pihak Israel kerana mampu mencapai beberapa lokasi penting yang ada di Israel.

Fajr-3 dan Sejjil-55 adalah antara dua peluru berpandu Hamas yang paling ditakuti Israel. Difahamkan bahawa Sejjil-55 telah berjaya menghancurkan sistem pertahanan peluru berpandu Israel, iaitu Iron Dome. Manakala di Ashkelon, dua orang dilaporkan tewas dalam serangan roket Sejjil-55.

Untuk rekod, melalui laporan risikan Israel, Hamas memiliki lebih banyak peluru berpandu jarak pendek berbanding peluru berpandu jarak jauh. Disebabkan itu, peluru berpandu jarak jauh mereka sering digunakan berbanding peluru berpandu jarak dekat yang sering menyerang bandar-bandar Ashdod, Ashkelon dan koridor Gaza.

Hujan peluru dari Gaza belum berhenti, Israel mula dilanda perang saudara pula. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Hujan Peluru Dari Gaza Belum Berhenti, Israel Mula Dilanda Perang Saudara Pula

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin

Kenali Briged Al-Qassam, Pejuang Yang Berjaya Menakutkan Tentera Zionis Israel