Ketua Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri Senat, Amerika Syarikat, Peter D. Zimmerman, dalam artikelnya yang diterbitkan di www.military.com menulis bahawa sebenarnya perang dunia ketiga sudah lama bermula.

Perang dunia ketiga ini berbeza dengan perang dunia pertama dan kedua yang menggunakan senjata. Menurutnya, perang dunia ketiga adalah pertempuran tanpa bom atau peluru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Musuh kita adalah Virus Sars-Cov-2, yang menyebabkan COVID-19. Ia mempunyai satu tujuan: Untuk menakluk sel dan mengubahnya menjadi kilang untuk membuat lebih banyak virus,” tulis Zimmerman dalam pendapatnya yang diterbitkan pada 29 Oktober 2020.

Dia menjelaskan bahawa AS telah tewas dalam peperangan ini. Pada perang dunia II, kira-kira 400,000 tentera AS tewas dalam pertempuran selama 43 bulan. Manakala pada Perang Dunia III, katanya, lebih 203,000 orang Amerika telah mati dalam tujuh bulan pertama.

“Fakta: Orang Amerika mati dibunuh oleh virus tiga kali lebih cepat daripada tentera kita yang dibunuh oleh peluru dari Jerman dan Jepun,” kata Zimmerman.

Zimmerman menambah, selama beberapa bulan awal, AS seperti mampu untuk memenangi perang ini. Tetapi wabak COVID-19 telah membiak dengan luar biasa dan menjajah wilayah yang lain sehinggalah gelombang ketiga COVID-19 merebak ke seluruh Amerika Syarikat.

Baginya, tidak ada rawatan yang mampu membuktikan bahawa virus ini mampu dibunuh. Begitu juga, kata Zimmerman, tidak ada vaksin yang akan memberikan perlindungan dari wabak ini.

“Kita semua adalah umpan dalam perang ini, dan sudah waktunya untuk mengakui fakta ini. Tetapi kita tidak berdaya. Sama seperti pasukan kita yang memakai baju besi sebelum berperang, kita mempunyai perlindungan fizikal,” katanya.

“Sama seperti jeneral kita mempelajari strategi dan taktik untuk mengalahkan musuh, kita juga tahu bagaimana menggunakan sumber daya kita untuk mengakhiri pemerintahan kejam wabak coronavirus ini,” tambahnya.

Vaksin COVID-19

Zimmerman menjelaskan, andai kata ada negara yang telah berjaya mendapatkan vaksin wabak COVID-19 pada akhir tahun ini. Ia hanya akan berkesan sekitar 50% hingga 80% sahaja, katanya.

“Walaupun anda pernah melakukan suntikan, jika anda terkena virus, anda berpeluang dijangkiti [semula],” lanjutnya.

Baginya, sesetengah orang tidak merasa sakit apabila dijangkiti dengan wabak ini. Zimmerman memberi contoh anak perempuannya yang dijangkiti virus itu beberapa bulan yang lalu, kehilangan deria rasa selama dua minggu, kemudian merasa tidak sihat. Dan kemudian anak perempuannya itu kembali normal.

“Ramai mangsa akan sakit dalam satu atau dua minggu, sesak nafas, sakit teruk, demam tinggi, tetapi kemudian sembuh. Ada yang sakit selama berbulan-bulan. Dan kira-kira 1% daripada semua yang jatuh sakit, mereka akhirnya mati,” katanya.

Buat masa ini, kata Zimmerman, AS tidak mempunyai pertahanan bioperubatan terhadap wabak yang telah membunuh 1.28 juta orang di seluruh dunia. Katanya, vaksin tidak akan menjadi baju besi yang mampu menyelamatkan orang daripada wabak ini.

Tambahnya lagi, pelitup muka adalah alat yang baik untuk mencegah 50% hingga 90% jangkitan wabak ini. Itu lebih baik daripada perisai seramik dan topi keledar yang dipakai oleh tentera untuk mengelak peluru yang datang.

“Sekiranya anda tidak mahu melakukan rondaan di zon perang tanpa topi keledar, jangan tinggalkan rumah tanpa alat antivirus anda. Ini bukan soal keberanian atau kejantanan.

“Lindungi diri kamu, dan lindungi keluargamu. Pakai pelitup muka,” kata Zimmerman.

Terdahulu, rakyat Amerika Syarikat adakan ‘pesta COVID-19’, percaya diri kebal dari wabak. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat Amerika Syarikat Adakan ‘Pesta COVID-19’, Percaya Diri Kebal Dari Wabak

Pemimpin Demo Anti-Lockdown Di Amerika Syarikat Dijangkiti COVID-19

Mahu Gunting Rambut Dan Melepak Antara Sebab Rakyat AS Tolak Kuarantin Di Rumah

Sumber