Masih ingatkah anda pada nama Richard Huckle, lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara di United Kingdom selepas didapati bersalah menodai lebih 200 kanak-kanak sepanjang beliau berada di Malaysia dahulu?

huckle 1
FOTO: RT

Pada 2016, Huckle dipenjarakan selepas didapati bersalah atas pertuduhan penderaan seksual ke atas kanak-kanak ketika bekerja sebagai sukarelawan di sekitar ibu negara Malaysia pada 2006 sehingga 2014.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak lama kemudian pada Oktober 2019, Huckle dilaporkan ditemui mati di dalam biliknya di penjara dengan kesan tikaman bertubi- tubi ke tubuhnya.

Namun baru-baru ini timbul laporan daripada The Toronto Sun yang mengatakan Huckle bukan saja ditikam tetapi telah dibunuh dengan cara yang lebih kejam.

“Dia bukan saja ditikam tetapi turut dicekik dengan tali gitar,” lapor akhbar tersebut yang memetik sumber.

Menurut laporan, Huckle dipercayai mencabul kanak-kanak daripada komuniti miskin di sekitar Kuala Lumpur dengan pihak polis turut menemui lebih 20,000 gambar dan video lucah melakukan perkara terkutuk tersebut.

huckle 2

Menurut laporan The Star, dia dipercayai berkongsi gambar kanak-kanak yang didera secara seksual itu di sebuah laman sesawang True Love Zone (TLZ) dengan ada dalam kalangan mangsanya merupakan bayi yang berumur seawal enam bulan.

Bukan saja berkongsikan gambar yang dimilikinya di dark web, namun Huckle juga dipercayai mempunyai buku manual yang menerangkan cara untuk menjadi pedofil dan mengelakkan dari tertangkap.

Bagaimanapun, seperti pepatah Melayu yang mengatakan ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’ .

Dan itulah yang berlaku kepada Huckle apabila beliau kemudiannya ditangkap oleh pihak polis di lapangan terbang London Gatwick pada Disember 2014 ketika pulang ke negara itu untuk menyambut Krismas bersama keluarganya di sana.

Siapa sangka, Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia pernah mendalangi penculikan ayahandanya sendiri sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Tunku Abdul Rahman Adalah ‘Dalang’ Di Sebalik Konspirasi Penculikan Sultan Abdul Hamid

Lelaki Ini Kongsi Kisah Diganggu Kaum Sejenis Ketika Berada Dalam Tandas

Selepas Beraksi Bagai ‘Fast and Furious’, Mercedes-Benz Kuning Dari Kelantan Akhirnya Ditahan