Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketika ini, ramai sudah mula berniaga untuk menambah pendapatan mereka. Adakah anda perasan di lampu isyarat ada penjaja yang menjual pelbagai jenis makanan dan sedikit sebanyak membahayakan diri mereka ketika berjualan?

Terbaharu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti perniagaan itu merupakan satu kesalahan kerana cara itu bukan sahaja membahayakan penjual malah melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

penjual

Gambar hiasan. Sumber: Kosmo

Untuk pengetahuan anda, pengguna jalan raya bakal berdepan saman berjumlah RM2,000 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual penjaja di kawasan lampu isyarat kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan.

Tambah beliau, para penjaja dinasihatkan untuk mencari kaedah jualan lain yang lebih selamat dan mengikut lunas peruntukan undang-undang negara. Walau bagaimanapun, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Penjaja Lampu Isyarat Di Terengganu Bakal Berdepan Hukuman Penjara Dan Denda RM100,000

Chef Wan Buli Uncle Roger Dan Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG

Hanya Mahu Keadilan, Mangsa Pukul Geng Isarb Akhirnya Buka Mulut Insiden Sebenar

Anda Mungkin Suka