Keramahan atau sikap ramah dalam diri individu kian pudar di dalam kalangan masyarakat kita sekarang ini.

Ini berpunca oleh pengaruh dan penggunaan teknologi yang berlebihan membuatkan masyarakat kini lebih cenderung ke arah anti sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun begitu, sikap tersebut tidak ‘mati’ sepenuhnya kerana masih ada rakyat kita yang masih mengamalkan sikap ini.

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial tentang keramahan seorang pemandu bas Rapid yang dapat pujian ramai netizen.

Perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @_muzaimah itu ternyata berjaya membuka mata orang ramai.

https://twitter.com/_muzaimah/status/1202884188455628801

Menerusi video berdurasi 23 saat itu, pemandu tersebut dilihat menyapa dengan penuh mesra setiap penumpang yang menaiki bas dipandunya itu

Apa yang menarik perhatian ramai ialah tindakan pemandu bas yang bernama Constantine Chaong ini bukanlah hanya sekadar gimik semata-mata. Terdapat sebuah pesanan khidmat awam (PSA) tentang kisah beliau yang ditayangkan di dalam bas-bas dan lrt milik Rapid KL.

Perkara ini turut disahkan oleh netizen yang sering melihat iklan tersebut di dalam lrt dan perkhidmatan awam lain di bawah Rapid KL.

Menerusi temu bual beliau dalam iklan tersebut, beliau mengatakan bahawa jika 100 orang penumpang menaiki bas yang dipandunya, beliau akan menyambut dan memberikan ucapan penghargaan kepada kesemua penumpangnya itu.

Beliau menganggap perbuatannya itu merupakan satu tanggungjawab  dan amanah dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Malaysia.

Susulan dengan tularnya perkongsian itu, ramai netizen yang memuji sikap ramah yang ditunjukkan oleh pemandu bas tersebut dan berharap sikapnya dapat dicontohi oleh orang ramai

https://twitter.com/hairuley_/status/1203611911574544384

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian pihak Rapid KL sendiri. Menerusi laman Twitter rasmi mereka, pihak Rapid KL mencari pemandu tersebut dan ingin menyampai pujian para netizen kepada beliau.

https://twitter.com/_muzaimah/status/1203643165762179072

Diharapkan sikap yang ditunjukkan beliau ini dapat memberi manfaat dan dicontohi oleh orang ramai supaya ianya tidak mati ditelan zaman.

Dikepilkan beberapa artikel berkaitan sikap yang boleh dijadikan rujukan untuk semua. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Satu Sikap Penting Bagi Lelaki Berkahwin Yang Ramai Gagal Amalkan Termasuk Aku

14 Sikap Hodoh Masyarakat Kita Dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Kuala Lumpur Dinobatkan Bandar Kedua Paling Mesra Di Dunia