Anda mungkin pandang jenama Hot Wheels ini sebagai sebuah kereta mainan sahaja tetapi buat para collector sejati, ada model daripada siri Hot Wheels ini yang bernilai lebih tinggi daripada emas.

Dalam sebuah perkongsian di Hot Wheels Trade & Sell Group Malaysia, seorang penjual memuat naik iklan untuk menjual sebuah model Hot Wheels Datsun 510 Party Car (Pink) keluaran tahun 2018 pada harga RM15,000!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kami bertanya sendiri kepada saudara Mohd Nazim atau Gigs Hokwil mengapa model ini boleh mencapai harga seperti ini. “Seperti yang ditulis pada iklan tersebut, banyak faktor yang akan menentukan harga setiap model Hot Wheels ini. Bagi kes kereta Datsun 510 Party Car (Pink) ini, satu semestinya kerana model ini tersangat ‘rare’ dan hanya dihasilkan sebanyak 5,000 unit sahaja seluruh dunia.”

“Kedua, pada nombor sirinya. Jika nombor berkenaaan kecil, lebih tinggi harganya. Untuk model ini, ia mempunyai nombor siri 00003/05000,” kata Nazim.

Terang Nazim lagi, konsep nombor siri ini sama seperti nombor plat kereta di dunia sebenar. Collector dari seluruh dunia sanggup melabur wang untuk mendapatkan model rare dengan nombor yang kecil ini. Pada Nazim, Hot Wheels ini ibarat satu investment sekiranya anda membeli model yang betul.

“Ia bergantung kepada nasib. Ada sebuah model bernama Candy Striper. Bidaannya di eBay adalah sekitar harga NZD18,000 (~RM50,000) untuk model dengan nombor 00001/04000. Ini sekadar contoh. Ada lagi model lain yang turut mempunyai harga yang tinggi,” terang Nazim.

Untuk model di atas, ia hanya dijual di lokasi/acara terpilih sahaja tetapi anda sebenarnya boleh mencari sendiri model-model rare Hot Wheels di pasar raya menerusi model super treasure hunt (STH). Untuk maklumat tentang model STH ini, boleh klik di sini. Selamat mencari!

P/S: Nazim turut mempunyai model Hot Wheels Datsun 510 Party Car (Pink) ini dengan nombor siri biasa yang dijual pada harga sekitar RM1,200 hingga RM1,500. Jika anda berminat, anda boleh terus hubungi beliau di sini.

Ini pula artikel berkaitan Hot Wheels yang lain untuk anda meneruskan bacaan. Klik pada pautan di bawah.

Ini Adalah Kereta ‘Hot Wheels’ Paling Mahal Di Dunia

Kerana Hutang, Lelaki Ini Terpaksa Lepaskan Koleksi Hot Wheels Bernilai Lebih RM250,000

Koleksi Khas Hot Wheels x Tesla Cybertruck ‘Sold Out’ Dalam Masa Sehari