Saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Seperti yang dilaporkan tahun lalu, Digital Durian akhirnya berkongsi kepada umum filem Didi & Friends The Movie selepas bertahun projek ini diumumkan kepada peminat.

Digital Durian telah berkongsikan trailer rasmi filem ini semalam dan ia mendapat respons yang hebat daripada peminat setia, terutamanya golongan bapa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak sabar untuk menonton movie tersebut. “Saya dan ayah dalam perjalanan untuk menonton filem Didi dan rakan-rakan,” kata salah seorang peminat Didi & Friends.

“Hebat-hebat animasi Malaysia sekarang ni. Semua peringkat Dunia punya level. Sementara itu, filem-filem melayu TERPAKSA menggunakan Miss Puiyi haktuihh untuk melakukan filem di pawagam,” komen seorang lagi peminat.

Ramai yang terpegun melihat trailer yang dikatakan mengikut tahap antarabangsa itu. Bahkan, ada yang berharap akan ada crossover siri kartun ternama tanah air yang menampilkan Didi & Friends, Upin dan Ipin, Mechamato, Boboiboy dan Ejen Ali bergabung dalam satu filem.

Sementara itu, Mechamato turut memberi sokongan kepada Didi & Friends The Movie menerusi akaun Facebook Didi & Friends Malaysia.

“Eh, Mechamato dah pass baton lah dekat Didi & Friends. Terima kasi tau Mechamato,” tulisnya di laman Facebook tersebut.

Kepada peminat animasi, jangan lupa untuk saksikan Didi & Friends The Movie di pawagam pada 23 Februari 2023 ini.