Dengan kepesatan dunia internet ketika ini, ramai yang mempunyai akses untuk apa sahaja informasi untuk apa jua bidang. Ketika ini, ramai yang mempunyai kesedaran untuk mencuba bidang pelaburan dan juga trading yang lebih advance.

Lebih-lebih lagi apabila berada dalam kereta, keluar pula iklan anda boleh beli saham bermodalkan RM10 sahaja. Makin ramai yang berminat dan merasakan bidang trading ini sesuatu yang mudah. Beli saham terus untung serta merta.

Ia jadi masalah apabila kita dimomokkan dengan hanya yang indah-indah; untung 10-30 peratus sehari, jadi bos sendiri, tidak perlu hadap ‘traffic jam‘ setiap hari dan banyak pelbagai perkara lagi.

Mari kita ikuti apa kata Wafi Azian, seorang pedagang pasaran hadapan Futures Crude Palm Oil (FCPO) Bursa Malaysia yang telah berkecimpung di dalam bidang analisa teknikal selama 8 tahun.

Bagi Wafi, semua orang boleh menjadi seorang trader tetapi sebelum mula, anda perlu tahu dan ‘kenal’ risiko dalam membuat pelaburan. “Kalau dalam iklan, dicanang game saham ini seperti sesuatu yang mudah. Tapi kalau anda tidak ada ilmu dan teknik yang betul, cepat sahaja game over nanti,” terang Wafi.

Wafi menjawab beberapa risiko saham yang pelabur part-time/full-time perlu tahu. Diharap apabila anda mengetahui segala risiko ini, anda akan lebih BERANI untuk memasuki bidang yang ibarat kapal di laut; anda perlu tahu mengawal kapal anda apabila diserang badai atau kapal anda akan terus karam di lautan.

1. Kerugian itu pasti

WR Trader Academy

Kredit gambar: CNN

“Sebagai seorang trader, pertama sekali hati perlu kental. Ada masa kita gembira sebab pelaburan yang kita buat itu untung. Tapi dalam masa beberapa hari atau jam atau minit sahaja, anda boleh rugi besar. Kadangkala melibatkan ribuan ringgit anda rugi,” kata Wafi.

Itulah realiti dunia pelaburan. Anda perlu mahir terlebih dahulu ‘membaca’ trend pasaran yang anda main. Jika anda tidak faham untuk membaca graf, anda pasti akan ketinggalan. Ketika inilah pentingnya ilmu buy & sell tepat pada masanya.

KENAPA ADA YANG UNTUNG, ADA YANG RUGI, SEDANGKAN TRADE PADA HARI YANG SAMA?Assalamualaikum warahmatullahi wa…

Posted by Wafi Azian on Monday, 17 August 2020

2. High return, high risk. Persediaan mestilah setahun gaji

WR Trader Academy

Setiap pelaburan risikonya sangat besar. Nasihat utama Wafi jika anda mahu menjadi full time trader selepas pergi ke mana-mana kelas pelaburan saham; anda perlu ada simpanan untuk setahun. Tidak termasuk budget untuk trading.

“Ini adalah antara nasihat utama saya untuk sesiapa yang mahu menceburkan diri dalam bidang trading sepenuh masa. Saya akan cakap kena ada duit simpanan untuk setahun. Kenapa perlu ada duit simpanan? Sebab ini adalah tabungan anda untuk ‘survive‘ sebelum anda buat duit dengan trading.

“Budget anda untuk melabur itu pula, jangan campurkan dan anggap duit tersebut sebagai modal yang anda sedia ‘hanguskan’. Kerana anda tidak akan tahu sama anda akan untung besar atau rugi besar,” kata Wafi.

3. Boleh mula dengan modal RM10?

WR Trader Academy

Menurut Wafi, anda boleh mula dengan modal RM10 tetapi nilai pulangannya tidak berbaloi dengan effort yang anda perlu curahkan.

Sebagai contoh, pelaburan RM10 anda menjana keuntungan 10%. Anda sudah untung RM1. Adakah anda puas dengan nilai RM1 yang anda terima? Berbanding anda buat pelaburan RM10,000 dan anda dapat RM1,000 untuk keuntungan 10%. Modal lebih besar akan memberi pulangan yang lebih besar.

“Keuntungan setiap hari/bulanan ini dapatlah anda buat bayar rumah atau kereta anda setiap bulan. Kalau modal kecil, lepaslah setakat anda belanja makan keluarga di kafe atau hotel,” kata Wafi.

4. Adakah pelaburan yang kita buat patuh syariah?

WR Trader Academy

“Disebabkan itu anda perlu ‘main sendiri’ pelaburan anda. Barulah anda tahu saham anda patuh syariah atau pun tidak. Bagi saya yang sudah lama dalam Future Crude Palm Oil (Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah) hampir 15 tahun, FCPO ini adalah patuh syariah dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” kata Wafi.

5. Orang beremosi tidak boleh main trading

WR Trader Academy

Jika anda tidak sanggup tanggung kerugian, anda tidak boleh jadi trader. Trader perlu berani buat keputusan. Kadangkala anda nampak saham itu turun tetapi disebabkan anda yakin ia akan bounce semula, anda beli saham tersebut pada harga rendah.

Untung menjadi seorang trader, anda boleh sahaja menjadi seorang part time atau full time trader. Tetapi, kedua-dua ini tetap memerlukan skil supaya anda dapat minimize losses, maximize profit. Di sini pentingnya skil yang kita panggil Technical Analysis atau Analisa Teknikal.

Sistem atau teknik pelaburan yang dipelajari juga perlulah benar-benar diuji (backtest) untuk memastikan sistem yang diguna pakai benar-benar memberi keuntungan kepada para pedagang.

Sebagai contoh, sistem di bawah telah pun diuji oleh Team WR selama 8 tahun 2 bulan, dan terbukti memberi keuntungan.

‼️ BACKTEST SISTEM WR SELAMA 8 TAHUN1. Ini adalah keputusan backtest sistem WR iaitu gabungan teknik double close (DC)…

Posted by Wafi Azian on Wednesday, 26 August 2020

Seperti diterangkan awal tadi, Wafi adalah individu yang handal dalam isu Analisa Teknikal; beliau lebih ke pasaran (Futures Trade) seperti FCPO, Crude Oil. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbezaan antara FCPO dan saham, anda lihat terlebih dahulu video di bawah.

Sekiranya anda masih baharu dalam bidang pelaburan, anda boleh mengikuti channel Telegram WR Trader Academy di sini untuk mendapatkan tip serta nasihat berguna dalam bidang ini secara percuma.

Tip serta info berkaitan Analisa Teknikal juga boleh didapati di sini.

Paling penting adalah untuk anda mahir Analisa Teknikal ini jika anda mahu jadi trader yang berjaya.

Tidak kisah graf atau jenis perniagaan mana yang anda pilih (saham atau Futures Trade), selagi anda ada Analisa Teknikal, anda boleh naikkan keuntungan dan kecilkan kerugian,

kata Wafi.

Aku nak tanya student WR yang live trading dengan aku.Boleh untung dan Recover Loss tak kalau follow betul betul system………

Posted by Wafi Azian on Wednesday, 26 August 2020

Ini pula tulisan Shahril A. Kadir berkenaan insan bernama Wafi Azian ini untuk memberi bukti apa yang dikongsikan oleh Wafi ini bukan sekadar cakap kosong tetapi berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang ini.

SEKARANG ni aku tengok ramai anak muda yang berjinak-jinak dalam pelaburan, trading semua tu, baguslah.Ada yang lebih…

Posted by Syahril A. Kadir on Saturday, 15 August 2020

Untuk anda yang berminat belajar teknik Analisa Teknikal ini dengan lebih mendalam bagi memudahkan urusan pelaburan anda, tekan di sini.

Ini pula berita saham yang menarik untuk anda baca. Klik pada pautan di bawah.

Tempahan Tanpa Henti Hingga April 2021, Top Glove Bakal Muncul Lima Saham Teratas Bursa

14 Startup Yang Sudah Bersedia Menggegarkan Pasaran Saham Tahun 2019

Angkara Tersilap Langkah, Saham Xiaomi Jatuh Enam Peratus