Sekiranya anda kerap membaca jumlah kes harian serta pecahan kes harian mengikut negeri pastinya anda akan sedar Perlis antara negeri dengan jumlah kes harian yang sangat rendah berbanding negeri lain. Malah, negeri Perlis kerap mencatat 0 kes harian sewaktu berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Mencatat angka kes yang rendah serta mencapai lebih 40% rakyat Perlis yang mendapat vaksin sekaligus membenarkan Perlis ke fasa 3 PPN pada 5 Ogos lalu.

Dalam pada itu, sejak kelonggaran dibuka, angka kes positif di Perlis terus meningkat seterusnya memecah rekod angka kes harian sebelum ini dan mencatat angka kes tertinggi pada 14 Ogos dengan 61 kes positif.

Meskipun angka tersebut jauh lebih rendah berbanding negeri lain, angka tersebut nyata perlu dipandang serius oleh rakyat Perlis setelah dimaklumkan Perlis kini berada dalam zon merah dan mempunyai kadar R-naught tertinggi negara iaitu 1.41.

Sehubungan dengan itu, ramai yang mendakwa peningkatan kes di Perlis berpunca daripada dine-in walau bagaimanapun statistik menunjukkan sebaliknya. Berikut merupakan punca-punca berlaku peningkatan kes di Perlis secara ringkas.

Punca-punca peningkatan kes di Perlis

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, punca-punca berlaku peningkatan kes di Perlis adalah disebabkan Kluster R16 Jln Bukit Keteri yang terdapat sebuah kilang beroperasi di kawasan tersebut.

Selain itu, peningkatan kes di Kuala Perlis sebelum ini turut mendesak kerajaan untuk menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tersebut. Selain itu, kes tahanan dari Kedah seramai 18 individu yang tinggi antara yang turut menyumbang kepada peningkatan kes di Perlis.

Berdasarkan 61 kes yang dicatatkan, 38 kes daripadanya masih belum menerima vaksin manakala 14 lagi kes merupakan individu berusia 18 tahun dan ke bawah. Dilaporkan kesemua 61 individu yang disahkan positif pada 14 Ogos lalu majoritinya berada dalam kategori 2.

Penerimaan individu dari negeri luar untuk mendapatkan vaksin di Perlis antara yang turut menyumbang kepada peningkatan kes. Sementara itu, terdapat dakwaan terdapat individu yang menerima vaksin di Perlis mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di sekitar Perlis.

Sehingga kini, terdapat beberapa premis di Perlis telah ditutup berikutan terdapat individu yang disahkan positif COVID-19 di lokasi berkenaan. Proses vaksinasi di kawasan kampung dan sanitasi di kawasan berisiko tinggi juga sedang giat dijalankan ketika ini.

Melihat kepada kes semasa, diharap rakyat Perlis dapat memain peranan penting dalam sama-sama berusaha untuk menurunkan angka kes serta meningkatkan jumlah rakyat menerima vaksin sekaligus dapat memasuki Fasa 4 PPN seperti yang dimaklumkan mengikut rancangan Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man.

Berdasarkan 61 kes positif yang dicatatkan semalam, Perlis kini mempunyai jumlah kes terkumpul sebanyak 1,021 sejak pandemik COVID-19 mulai menyerang negeri ini.

Tular pada minggu lalu apabila rakyat Perlis sudah mulai berseronok dapat menjamah di restoran selepas berada dalam Fasa 3 PPN.

Sudah Boleh Makan Di Restoran, Netizen Cemburu Orang Perlis ‘Flex’ Di Media Sosial

Selepas Delta, DG Hisham Sahkan Kemunculan Lambda Sebagai Varian Baharu COVID-19

Guna Gambar Solat Aidiladha Di Perlis Untuk Jual Produk, Laman Facebook Ini Cetus Perbalahan Netizen

Anda Mungkin Suka