Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seperti ramai sedia maklum, kawasan sekitar Lembah Klang telah mengalami banjir yang luar biasa pada kali ini.

Menurut Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah daripada Universiti Malaya selaku pakar meteorologi, curahan hujan kali pada kali ini empat kali ganda lebih banyak daripada biasa akibat tekanan rendah di tengah Semenanjung.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Tekanan rendah ini yang menjana hujan secara besar-besaran. Sekiranya sekadar ribut ribut petir biasa, hujan lebat hanya berlarutan selama beberapa jam sahaja.

Sumber: the star

Hujan lebat bukan turun di Lembah Klang. Hujan besar-besaran turun di Banjaran Titiwangsa. Air hujan yang turun di Banjaran Titiwangsa inilah masuk ke sungai-sungai utama di Selangor.

Kesannya, sebahagian besar sungai di paras bahaya. Sungai Selangor yang mengalir dari Kuala Kubu Bharu di timur dan masuk ke Selat Melaka di Kuala Selangor di barat pun sudah paras bahaya.

Lebih buruk, kawasan Klang berdepan air pasang besar. Tidaklah tinggi sangat tetapi air dari darat tidak dapat keluar. Fenomena banjir di Selangor bukan banjir kilat lagi tapi menyamai banjir besar melanda Pantai Timur tahun 2014.

Prof Azizan juga memaklumkan jumlah hujan terlalu lebat ini memang tidak mampu ditampung Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Lebuhraya SMART). Sungai yang dalam pun, air akan naik. Pecah tebing.

Untuk pengetahuan, Lebuhraya SMART ini bukan calang-calang. Mempunyai kepanjangan 9.7km, terowong lencongan air ini merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.

Jika Prof Azizan memaklumkan Lebuhraya SMART tidak mampu tampung jumlah hujan kali ini, bayangkan impak tekanan rendah berserta curahan hujan empat kali ganda di kawasan Tulang Belakang Semenanjung – Banjaran Titiwangsa – sekarang ini.

Sumber: malay mail

Berikut merupakan fakta yang berlaku sepanjang banjir yang berlaku pada kali ini.  Pihak bomba di Selangor terima 1,600 panggilan kecemasan hanya dalam tempoh 24 jam.

Paras air di 14 sungai di Selangor melebihi tahap bahaya setakat 10.15 malam tadi.  Shah Alam, Klang dan Hulu Langat paling teruk terjejas dengan ada kawasan air naik ke paras bumbung. Ramai mangsa banjir sejak malam tadi hingga pagi ini masih terperangkap. Banyak kawasan terputus hubungan. Jalan utama ditutup.

Di Kuala Lumpur, kawasan teruk yang terjejas adalah di Kampung Baru, Kg Periuk, Kg Kolam Air, Kg Kassipilay, Lembah Pantai, Taman Hock Ann, Jalan Batu Bata.

Curahan hujan dalam tempoh 24 jam ini bersamaan jumlah hujan untuk sebulan.
Banyak kawasan di Selangor sebelum ini tidak pernah dinaiki air juga tenggelam. Pihak bomba nasihatkan kepada mangsa banjir supaya tidak sekadar beri alamat rumah. Berkomunikasi dengan pihak penyelamat guna isyarat seperti suluhan lampu dari telefon bimbit.

Pihak bomba nasihatkan jangan menyeberang air deras atau cuba untuk keluarkan kereta bagi mengelak terperangkap kerana kita tidak tahu halaju arus.
Pihak bomba terpaksa mengutamakan warga emas, sakit kritikal, ibu hamil, baru bersalin, kanak-kanak.

Elak daripada menekan atau berkelahi dengan anggota penyelamat. Sementara menantikan bantuan, cuba selamatkan diri di tempat lebih tinggi.

Tular pada hari ini apabila para netizen lancarkan #DaruratBanjir khusus buat mereka yang terperangkap dalam banjir dan mahu meningkatkan capaian bantuan.

Terperangkap Dan Mahu Tingkatkan Capaian Bantuan, Netizen Lancarkan #DaruratBanjir Di Twitter

Sebahagian Cawangan Giant Di Lembah Klang Dan Selangor Kini Beroperasi Seperti Biasa

Artikel di atas disumbangkan oleh Arif Atan. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.