Jika anda merupakan salah seorang penonton atau peminat setia drama Bukan Gadis Biasa yang kini ditayangkan di TV3, pasti anda mengenali watak ‘Opah’ yang dibawa pelakon berpengalaman Sheila Rusly.

Walaupun drama tersebut diminati ramai dan boleh dikatakan menjadi ‘santapan’ ketika menunggu waktu berbuka, namun tidak kurang juga ada yang memberikan maklum balas kurang baik dengan mempersoalkan pemilihan pelakon untuk watak wanita berusia itu.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Selepas dipersoal penonton yang seakan tidak memahami kenapa watak tersebut dibawa Sheila Rusly- yang jauh lebih muda dari watak yang sepatutnya dibawa, suaminya dan juga pengarah Azman “Jinggo” Haji Yahya akhirnya tampil memberi jawapan mengenai perkara tersebut.

Menurut beliau, pemilihan Sheila Rusly untuk membawa watak Opah telah dilakukan melalui perbincangan yang diadakan beberapa kali bersama semua pihak terlibat bagi menentukan kesemua aspek yang terlibat.

jinggo

“Semua aspek diambil tahu, bukan main bedal jer.

“Kalau bagi opah yang dah betul-betul tua, 80an nak dijadikan watak 50-an, awak boleh mekap ke?

“Tapi kalau umur 50an, agak mudah kita mekap kan jadi 80-an,”jelasnya.

Tambah beliau lagi dengan menggunakan pelakon yang lebih berusia akan menyukarkan mereka untuk bekerja dengan waktu yang lama dan menghafal skrip yang telah disediakan.

Disebabkan itulah katanya kenapa pemilihan tidak diberikan kepada pelakon veteran untuk membintangi drama tersebut.

“Contohnya dalam satu babak ada lima pelakon, bila dah letih Opah selalunya lupa dialog.

“Kalau sekali tak apa, tapi kalau berkali-kali lupa semua pelakon jadi letih termasuk krew yang terlibat,” jelasnya lagi.

Menurut beberapa laporan portal hiburan tempatan, komen tersebut difahamkan dibuat Jinggo di hantaran yang dibuat isterinya di Instagram bagi menjelaskan kenapa Sheila Rusly dipilih untuk watak tersebut.

Ia dibuat selepas ada penonton yang bertanyakan “kenapa tak guna pelakon wanita yang betul-betul berusia” dan balasan komen tersebut yang mengiyakan komen terdahulu dengan “betul tu, dulu ramai cakap (pelakon) yang berusia susah dapat job”.

Berikut adalah jawapan penuh Jinggo mengenai perkara itu seperti yang tular beberapa hari ini di media sosial.

EX9d1KCU0AACy2E 2 3

Drama Band sebelum ini berjaya mengujakan penonton dengan mekap seram mereka ketika membuat persembahan di AJL 34 sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca mengenainya. 

Dipuji Netizen, Inilah ‘Makeup Artist’ Di Sebalik Solekan Seram Aepul Drama Band Di Pentas AJL 34

Lihat Adegan ‘Drama Melayu’ Ini Yang Berjaya Buat PewDiePie Terhibur

Anda Mungkin Suka