Mengembara adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk memanfaatkan usia, orang kata hidup hanya sekali. Betulkan? Bagi seorang pengembara, aktiviti travel ini memang cukup membahagiakan mereka. Hanya mereka yang meminatinya sahaja dapat rasa perasaan itu.

Majoriti bila sebut sahaja travel, ramai orang suka. Minoriti sahaja yang berfikiran sebaliknya. Ya! Kerana tidak semua orang mempunyai minat yang sama. Berdasarkan pengalaman saya bertemu manusia, pernah juga saya ditanya dengan soalan seperti ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang best travel? Membazir duit sahaja, banyak lagi perkara mustahak perlu digunakan dari enjoy sakan makan angin.

Oleh itu, sekiranya anda juga menyimpan persoalan yang sama, pada artikel ini saya akan terangkan beberapa sebab kenapa travel itu seronok serta kebaikannya.

1. Gambar

Tidak dinafikan, ramai orang lebih mudah tertarik dengan perkara-perkara yang baru lebih-lebih lagi ianya menarik dan jarang dilihat. Gambar pula adalah visual yang paling berkesan untuk menyimpan memori.

Bergambar dan travel adalah perkara ‘wajib’, sekurang-kurangnya nanti adalah cerita yang hendak diboleh bahan dan show off ketika bersembang dengan bakal cucu nanti. Persedian menjadi seorang atuk yang awesome pada masa hadapan.

“Atuk masa pergi Iran, banyak betul awek lawa dekat sana” antara dialog yang mungkin terkeluar nanti. Ceh! Hahahah.

2. Pengalaman

Kita sering mendengar pepatah menyebut bahawa pengalaman merupakan bekalan yang terbaik untuk hidup. Dan travel pula adalah salah-satu daripada proses untuk mendapatkannya. Jadi, setiap cabaran yang dilalui saat mengembara akan menjadi titik pencapaian yang berharga.

Kata Cendekiawan, pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa.

3. Bijak Berbelanja

Kalau sebelum ini anda jenis orang yang tidak kisah berbelanja, apabila sudah jatuh cinta dengan travel automatik anda berubah. Anda akan jadi orang yang bijak berbelanja, pandai urus kewangan. Tahu mana kehendak dan yang mana satu keperluan.

Anda akan mula berjimat-cermat, kalau boleh sehabis mungkin. Semuanya untuk merancang trip perjalanan yang seterusnya. Begitu juga yang berlaku semasa travel. Semua wang yang keluar dan masuk akan diambil kira dengan teliti.

4. Komuniti

Bila sudah terjebak dengan travel, anda akan terlibat dengan banyak komuniti, baik secara sengaja atau tidak. Berada dalam komuniti ini seronok, boleh bertukar pendapat, idea, pengalaman dan yang paling best dapat ramai kenalan.

Banyak kebaikan bila ada ramai kenalan. Sebab itu penting buat baik pada semua orang, hidup pun senang.

5. Lebih Mengenali

Nak tahu macam mana perangai kawan anda, sila ajak dia travel bersama. Serius! Waktu ini majoriti semuanya akan tunjuk perangai masing-masing. Selalunya perkara ini boleh dikesan apabila pasangan travel tadi berhadapan dengan masalah. Masa ini baru boleh tahu kawan anda tadi jenis susah senang bersama atau pentingkan diri sendiri atau jenis penyabar.

Travel boleh buat anda kenal lebih mendalam sikap kawan anda. Tak percaya? Pergi ajak kawan anda yang paling baik sekali travel bersama.

6. Pendapatan

Selain digelar sebagai pelaburan kepada diri sendiri, travel juga sebenarnya boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Banyak cara menjana pendapatan dengan travel, ikut kreativiti masing-masing. Contohnya seperti yang disiarkan baharu-baharu ini, tawaran gaji sebanyak RM44,000 sebulan hanya untuk travel dan tinggal di tempat mewah, kan menarik tu!

Contoh yang lain, boleh buka business pelancongan. Import barang untuk dijual, terbit buku, menulis blog dan macam-macam. Banyak lagi sebab-sebab kenapa travel tu memang seronok. Ada orang siap jumpa jodoh lagi.

Tak percaya? Baca ini: Backpacking Seorang Diri Akhirnya Temukan Jodoh Saya Dengan Gadis Rusia