Bukan melakukan aktiviti persundalan tetapi sekadar menjadi peneman. Itulah dakwaan seorang wanita tempatan yang kini bekerja sebagai ‘sugar baby’ di Singapura.

Menerusi beberapa laporan daripada Straits Times, China Press dan SAYS, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Jenny (bukan nama sebenar) berjaya meraih ribuan ringgit daripada hasil pekerjaannya sebagai peneman itu di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya rasa pelacur dibayar untuk melakukan apa yang disuruh tanpa boleh menolak.

“Tetapi saya-jika tidak selesa dengan permintaan (sugar daddy) saya boleh menolak dan mengatakan tidak,” jelasnya.

feat
Jenny (bukan nama sebenar). FOTO: STRAITS TIMES

Menurut perkiraan yang dilakukan SAYS, beliau kini menerima elaun sehingga RM31,000 daripada tugasnya menjadi peneman kepada sugar daddy terkininya yang telah bersamanya sejak lima bulan lalu.

Untuk setiap pertemuan, beliau difahamkan mengenakan bayaran sehingga RM1,500. Selain daripada pertemuan sekali jumpa , beliau juga difahamkan telah bersama tiga sugar daddy jangka masa panjang yang berlainan sejak beberapa tahun ini.

Kesemua pertemuan itu bagaimanapun menurutnya tidak melibatkan hubungan seks dan menegaskan tidak mudah untuk mereka terlibat dalam hubungan sedemikian.

Walaupun mempunyai kegusaran akan keperluan untuk melayan sugar daddy secara seksual namun Jenny menjelaskan ia tidak lagi menjadi kerisauaun utama selepas dua tahun menjadi sugar baby.

Menurut China Press yang memetik Straits Times, Jenny mula menceburkan diri dalam pekerjaan itu selepas tertarik dengan rakannya yang terlebih dahulu menyertai pekerjaan itu sebelum ini.

Bagaimanapun beliau difahamkan tidak hanya menjadi sugar baby tetapi turut mempunyai kerjaya sebagai seorang eksekutif pemasaran dan model sambilan di kota Singa itu.

Hasil daripada pekerjaan sambilannya sebagai sugar baby dan ditambah dengan pendapatan daripada pekerjaan tetapnya, Jenny dilaporkan meraih sehingga RM42,800 sebulan.

Keluarganya jelas Jenny bagaimanapun tidak mengetahu pekerjaannya sebagai sugar baby di Singapura namun beliau menjelaskan tidak kisah sekiranya mereka mengetahui mengenainya suatu hari nanti.

Baca juga kisah papan iklan agensi sugar baby ini yang mencetuskan kontroversi di negara kita tahun lalu melalui pautan di bawah. 

Bagaimana Aplikasi ‘Pelacuran’ Golongan Elit Ini Lulus Untuk Diiklankan Di Malaysia?

Red Light District Kembali Beroperasi, Rakyat Belanda Mula ‘Booking’ Hingga Penuh