Beberapa hari ini tular di Facebook berkenaan ‘Unbox Challenge’. Cabaran ini memerlukan anggota keselamatan memperlihatkan barangan yang perlu dibawa atau terkandung dalam jentera mereka satu per satu di atas lantai dan gambar akan dirakam dari atas.

Ini adalah beberapa gambar Unbox Challenge yang dibuat oleh pasukan keselamatan dari luar negara. Menariknya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut menghasilkan Unbox Challenge ini tetapi pada skala yang lebih besar. TUDM memperlihatkan anggota NO 18 SQUADRON bersama kelengkapan dan pesawat mereka untuk Unbox Challenge ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari jauh, memang nampak persis patung aksi tetapi gambar ini adalah pada skala sebenar dan bukan patung. Gambar ini sebenarnya dirakam bagi menarik perhatian orang ramai untuk menyertai pasukan The Royal Malaysia Air Force yang akan berada di Karnival Hari ATM.

Karnival ini akan berlangsung pada 20 dan 29 September 2019 di Jeti Operasi TLDM Lumut, Perak. Anda dijemput hadir bagi memeriahkan suasana di karnival ini. Apa pun, tahniah TUDM untuk gambar ini. Kini, ramai yang semakin aware dengan Karnival Hari ATM yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Ini pula adalah kisah kehebatan askar Melayu menjalani latihan pada suhu -3’C tanpa sebarang rungutan. Askar kita memang hebat!

Ini Kisah Kehebatan Askar Melayu Ketika Jalani Latihan Dalam Suhu -30°C

Ini Penjelasan Mengapa Komando Sentiasa Guna Peluru Hidup Untuk Sesuatu Demo