Semalam tular di media sosial tangkap layar seorang pemilik Facebook, Borhan Che Rahim yang bersifat perkauman terhadap S Kisona selepas pemain perseorangan wanita negara itu tewas di tangan pemain Jepun dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland kelmarin.

Lantaran itu, Borhan Che Rahim yang merupakan Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Puteh telah mendapat kecaman hebat netizen termasuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatannya itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Borhan Che Rahim memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung isu terbabit dan mengatakan tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merendah-rendahkan mana-mana individu atau kaum ketika menulis status di media sosial.

Menurutnya, panggilan tersebut merupakan bahasa percakapan di Kelantan yang merujuk kepada orang India dan apa yang berlaku adalah satu kekhilafan yang telah dilakukannya tanpa mengkaji kesannya.

Malah, dia turut menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai Naib Ketua Bersatu Bahagian Pasir Puteh demi menjaga nama baik parti diwakilinya.

Isu berbaur perkauman ini sering terjadi, klik pautan di bawah untuk ketahui isu lain yang pernah muncul. 

Tidak Boleh Menyewa Kerana Perbezaan Bangsa, Luahan Doktor Ini Buat Netizen Kecewa

‘Lukis Badan Dahulu Baru Pakaian’- Alasan Wanita Ini Disangkal Pelukis Berpengalaman

Universiti Limkokwing Dikecam Selepas Pamer ‘Banner’ Perkauman Dengan Ayat ‘King Of Africa’