Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai kemalangan kecil yang dihadapi oleh menteri dan ahli parlimen Malaysia, Khairy Jamaluddin. Ia dilaporkan berlaku sewaktu beliau melakukan aktiviti berbasikal dimana kemalangan tersebut berpunca daripada jalan yang berlubang.

Disebabkan ramai yang membincangkan isu kemalangan serta jalan berlubang, seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan @Aweef ini turut menggunakan platform tersebut bagi meluahkan perkara yang sering dihadapi oleh penunggang motosikal apabila berada di lebuh raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut ciapan yang dikongsi, beliau menjelaskan bukan sahaja penunggang basikal terjejas dengan keadaan jalan raya yang teruk tetapi ia turut dialami penunggang motosikal.

Tambahnya lagi, keadaan yang dihadapi mereka kebanyakan masanya adalah lebih teruk dengan hampir setiap hari ada sahaja kemalangan yang melibatkan mereka terutama bila berhadapan dengan cuaca hujan sewaktu berada di jalan raya.

“Dah lah tak selamat dan berlubang sana sini. Bila hujan turun, banjir pula di kebanyakan tempat.

“Bayangkan hujan lebat, beribu-ribu penunggang terpaksa bertarung nyawa bersesak di laluan utama dengan kenderaan lain,” luah beliau.

Masalah tersebut juga menurut beliau tidak terhenti dan selesai di situ.

Walaupun menggunakan laluan utama (yang tidak sepatutnya digunakan penunggang motosikal) mereka masih akan menghadapai kesukaran terutamanya untuk kembali ke laluan motosikal selepas menggunakan laluan utama bagi mengelakkan lubang dan kerosakan yang terdapat di laluan motosikal tadi.

Ada ketikanya, mereka terpaksa mengambil risiko dan melalukan tindakan berbahaya seperti melawan arus hanya untuk kembali menggunakan laluan motosikal.

“Bila penunggang dah guna laluan utama, timbul masalah lain iaitu tiada laluan masuk semula ke laluan motosikal. Jangan tanya aku kenapa? Sebab highway ini direka sedemikian.

“Maka terpaksalah rider motor melawan arus untuk masuk semula ke laluan motosikal. Tak percaya? Silalah lalu sendiri,” luah beliau.

Isu lama tapi masih tiada tindakan

Mengulas lanjut mengenai keadaan jalan raya terutama melibatkan lorong dan pengguna motosikal, beliau menjelaskan ianya bukanlah satu masalah yang baru.

Malah perkara berkenaan telah berlarutan sejak sekian lama namun tiada tindakan drastik yang telah diambil untuk menjadikannya lebih baik.

“Laluan motosikal lebuh raya ni isu nya dah lama. Tapi masih tiada tindakan diambil. Sama seperti laluan motosikal di lebuh raya lain.

“Kesemua jalan di Malaysia sepatutnya dijaga dengan baik. Jangan harap VIP muat naik baru terhegeh nak buat kerja, utamakan pengguna dulu,” luah seorang netizen di ruangan komen.

“Masalah yang tidak pernah selesai, dah bertahun macam tu la jugak,” komen netizen.

Rata-rata rakyat Malaysia yang memberi komen telah memberi tindak balas yang sama di mana sebilangan daripada mereka berpendapat perkara tersebut sudah lama berlaku namun masih tiada tindakan yang diambil.

Perkara tersebut bukan sahaja melibatkan isu kesukaran untuk penunggang melalui jalan tersebut malah ia turut melibatkan keselamatan ramai pihak.

Diharap dengan perkongsian ini, masalah ini dapat ‘membuka mata’ pihak berkuasa agar bertindak dengan segera dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan penunggang motosikal.

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai permohonan maaf JKR Kuala Langat dianggap ‘double standard’? Baca pada pautan di bawah.

Permohonan Maaf JKR Kuala Langat Dianggap ‘Double Standard’, Netizen Luah Rasa Kecewa

Jatuh Lubang Ketika Berbasikal, Akaun Twitter JKR Kuala Langat Mohon Maaf Kepada KJ

Sumber