Sesiapa yang mengikuti Khairulaming, selain menjalankan bisnes Sambal Nyet, beliau juga suka memberi sokongan terhadap peniaga lain dan memberi review jujur sekiranya beliau menyukai sesuatu produk yang dibelinya.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Hasilnya? Produk yang dibelinya akan sold out selepas beliau membuat review. Semalam, beliau berkesempatan untuk mencuba Nasi Lemak Bangsudu yang tular di TikTok.

Menurut Khairulaming, beliau tertarik untuk mencuba nasi lemak ini selepas video Bangsudu muncul di FYP. “Walaupun produk yang dia jual simple, tetapi saya suka dengan storytelling dia.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

“Setiap hari dia buat live, apa struggle dia cerita, interact dengan customer. Jadi kita kat luar pun rasa kita sebahagian daripada bisnes dia juga,” terang Khairulaming.

@khairulaming

Lupa nak mintak sudu tapi selamat bangsudu kasi sudu lebih tadi 🤣 #MakanLokal #NasiLemak @TAUKE NASI LEMAK RM1

♬ New Home – Austin Farwell

Mengaku Jual Sambal Nyet Palsu, Khairulaming Pilih Untuk Tuntut Tiga Perkara Daripada Penjual Ini

Nasi lemak Bangsudu dimasak sendiri oleh ibu bapanya dan dijual setiap pagi oleh Bangsudu. Menurut Khairulaming, 600 pek nasi lemak yang dijual setiap hari boleh sold out dalam masa 30 minit sahaja.

Dengan ulasan daripada Khairulaming ini, pastinya lebih ramai tahu tentang Nasi Lemak Bangsudu dan nasi lemaknya akan lebih cepat habis terjual. Peniaga lain juga mungkin boleh cuba aplikasikan pemasaran Bangsudu dalam perniagaan untuk tingkatkan jualan.

@bangsudu

Reply to @neshram5 saya takut mahal .. #fyp #foryou #suduada #abgtaram #myfoodie

♬ original sound – TAUKE NASI LEMAK RM1 – TAUKE NASI LEMAK RM1

Menurut Bangsudu, sehingga kini beliau cuba kekalkan harga RM1 untuk nasi lemak dijualnya kerana tidak mahu bebankan pembeli terutamanya adik-adik yang beli nasi lemaknya untuk sarapan di sekolah.

Jika anda berada di kawasan berdekatan Desa Coalfields, boleh singgah untuk beri sokongan kepada Bangsudu. Masih ada peniaga yang jual nasi lemak RM1 ketika ini. Nampak just nice saiz nasi lemak dengan harganya. Sama-sama kita beri sokongan kepada peniaga kecil.

Khairulaming sebelum ini telah membuat pengumuman bakal membukan kilang kedua Sambal Nyet di Kelantan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Jualan Sambal Nyet Cecah RM14 Juta, Khairulaming Umum Bakal Buka Kilang Kedua Di Kelantan