Sejak negara beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April 2022, ramai yang dilihat sudah kembali ke pejabat untuk bekerja dan ada yang masih kekal dengan rotasi kerja dari rumah (WFH). Bagi yang masih bekerja dari rumah, capaian internet yang baik pastinya menjadi keutamaan supaya kerja seharian yang ditugaskan tidak tergendala.

Situasi pindah ke rumah baharu memang satu yang memenatkan. Banyak perkara yang perlu difikirkan antaranya capaian internet, akses untuk ke tempat kerja dan banyak lagi.

Baca Juga:

Memasang servis internet di rumah satu ketika dahulu dikira satu yang melecehkan lebih-lebih lagi untuk anda yang tinggal di rumah strata. Itu belum masuk capaian internet yang slow kerana line di kawasan tertentu tidak bagus.

Jadi di sini unifi ada untuk bantu anda selesaikan masalah ini. Anda pasti tidak pernah tahu bahawa anda sebenarnya boleh ‘test drive’ unifi dahulu selama 30 hari di rumah untuk lihat sama ada ia sesuai untuk kediaman anda atau tidak?

#unifiPromise untuk beri pengalaman internet dan bantuan terbaik buat pelanggan

Seperti juga kereta, unifi juga kini boleh dicuba dahulu selama 30 hari di rumah anda! Ini adalah salah satu daripada #unifiPromise untuk memberikan servis internet terbaik buat anda.

Ramai yang mungkin berkira-kira untuk membuat sambungan unifi di rumah kerana ragu-ragu dengan keupayaan internet di rumah anda baharu anda. Ramai yang tidak mahu terikat terus dengan komitmen bulanan jika jaringan internet lemah.

Di sini unifi bantu anda untuk mencuba servis sambungan internet selamat 30 hari terlebih dahulu di rumah. Jika ‘ngam’, terus sahaja guna tanpa perlu pulangkan semula kepada pihak unifi.

2. Khidmat bantuan perunding untuk pengguna unifi Business

Bagi pemilik perniagaan, mencari solusi untuk perniagaan anda mungkin sesuatu yang mencabar, tetapi pihak unifi kini mempunyai perunding khas untuk bantu anda selesaikan masalah yang mungkin timbul.

Pemilik perniagaan boleh berhubung terus dengan perunding khas unifi untuk mereka memberi panduan berkenaan sambungan internet atau solusi teknikal yang dapat membantu perniagaan mereka.

3. EasyFix untuk selesaikan masalah internet anda

Seperti juga namanya, EasyFix merupakan self-troubleshooting tool yang diperkenalkan unifi untuk membolehkan pelanggan membaik pulih sambungan internet di rumah secara sendiri.

Kadangkala sambungan internet di rumah anda berdepan masalah atas beberapa sebab yang tidak memerlukan technician daripada unifi untuk membetulkannya. Easyfix akan bantu anda terlebih dahulu supaya masalah tersebut dapat diselesaikan oleh anda sendiri dengan lebih pantas.

Sekiranya masalah tersebut masih juga tidak dapat diselesaikan, ia akan secara automatik menghasilkan ‘tiket’ untuk makluman pihak unifi atau anda juga diberi akses ke ejen Live Chat untuk bantuan selanjutnya.

4. Real-time service tracker

Selepas anda menghantar permintaan untuk bantuan, permintaan anda akan direkodkan dalam sistem dan anda boleh melihat progress permintaan tersebut menerusi myunifi app. Jadi anda tidak akan tertunggu-tunggu bila techician akan tiba ke rumah anda.

5. Jaminan pembaikan servis dalam 24 jam


unifi komited dalam memberikan servis terbaik buat pelanggan dan mereka memberi jaminan untuk baiki masalah anda dalam masa 24 jam tiket anda dibuat.

Jika tidak? Jika melebihi 24 jam dan masalah tidak selesai, unifi akan beri rebat bil dan boleh ditebus menerusi aplikasi myunifi dalam tempoh masa 30 hari.

6. unifi Elite

Tidak puas hati dengan kelajuan internet di rumah anda? unifi Elite sentiasa bersedia untuk membantu anda. Team unifi Elite
adalah individu pakar yang anda boleh panggil untuk memberi konsultasi tentang cara untuk tingkatkan kemampuan Wi-Fi di rumah anda.

Mereka akan periksa sambungan internet di rumah anda dan memberi cadangan penambahbaikan terbaik buat anda sekiranya kelajuan sedia ada tidak menepati kehendak anda.

7. Notifikasi proaktif berkenaan servis yang cekap

Sekiranya terdapat gangguan sambungan internet, pihak unifi menerusi unifi Care akan terus memaklumkan para pelanggan menerusi WhatsApp, SMS atau push notification di myunifi App supaya anda anda memerlukan bantuan pantas, anda boleh terus hubungi pihak unifi untuk bantuan.

Seperti namanya, #unifiPromise adalah jaminan unifi untuk memberikan customer support terbaik kepada setiap pelanggan supaya anda dan keluarga dapat terus kekal online 24 jam sehari di samping masalah anda dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam sahaja.

Buat para pelanggan, klik di sini untuk muat turun aplikasi myunifi bagi peranti android dan juga Apple. Untuk segala perkembangan terkini tentang servis unifi, boleh klik di sini.

Jadi tiada lagi masalah internet di saat-saat genting dan anda sekeluarga juga dapat akses ke internet dengan aman. Anak-anak pun boleh belajar secara dalam talian tanpa gangguan. Buat pengguna baharu yang mahu cuba unifi, boleh klik di sini untuk isi butiran anda. Pihak unifi akan hubungi anda nanti.