Sekiranya anda merupakan salah seorang pengguna TikTok, kami yakin video daripada Khaby Lame, seorang lelaki yang berasal Senegal ini pernah melintasi ruang tontonan anda.

Sering kali membuat video tanpa menggunakan suara dalam mengajar cara mudah melakukan sesuatu dengan cara yang santai membuatkan konten beliau disukai ramai.

@khaby.lame

2 in 1 shot✌🏿-Bro I feel sorry for your forehead 🤦🏿‍♂️but It was very easy. -Bro mi dispiace per la tua fronte,ma era così facile #learnfromkhaby

♬ suono originale – Khabane lame

Malah, Khaby Lame yang menetap di Itali nampaknya tidak menunggu lama dalam arena TikTok untuk muncul sebagai individu dengan jumlah pengikut tertinggi pada platform berkenaan.

Di sebalik kejayaan yang diperoleh, serta turut muncul sebagai duta bagi beberapa syarikat, siapa sangka individu yang sering membuat orang terhibur ini merupakan seorang Muslim dan Hafiz Al-Quran.

Menerusi perkongsian laman The Islamic Information, beliau yang menetap di Itali sejak umur satu tahun dihantar ibu bapanya bagi mendalami agama pada usia 14 tahun di Dakar, Senegal dan seterusnya menghafal kitab suci tersebut.

Perkongsian yang dibuat tersebut sekadar memaklumkan kepada ramai kepercayaan beliau yang sekaligus menjadi ikon buat anak muda Islam seluruh dunia. Beliau juga dilihat aktif dan tidak kekok dalam berkongsi kesengsaraan yang terpaksa dilalui rakyat Palestin berikutan kekejaman Zionis.

@khaby.lame

Today No Smile.The World Want Peace ☮️ Il Mondo Vuole La Pace ☮️ Please STOP with this WAR #nowar #peace #noallaguerra #pace

♬ suono originale – Khabane lame

Mengulas mengenai populariti, beliau dilaporkan aktif menggunakan platform TikTok sejak Itali dilanda COVID-19 iaitu sekitar Mac 2020 di mana beliau telah kehilangan kerja di sebuah kilang.

Nasib menyebelahi dirinya apabila konten ringkas yang dihasilkan berjaya mendapat perhatian penonton seluruh dunia sekaligus mengumpul sebanyak 145.9 juta pengikut sehingga kini.

Ketahui lebih lanjut mengenai Khaby Lame dengan klik pautan di bawah.

Kenali Khaby Lame, TikToker Yang Berjaya Buat Orang Ramai Terhibur Dengan Hanya Mimik Muka

Selebriti TikTok, Khaby Lame Dilantik Menjadi Duta Global Binance Secara Rasmi