Sebut mengenai Bill Gates pasti ramai yang mengenalinya sebagai pengasas bersama Microsoft. Dalam pada itu, beliau sejak beberapa tahun terakhir ini dilihat sebagai antara individu utama yang aktif membincangkan soal wabak, vaksin serta kesihatan manusia seluruh dunia.

Sekitar tujuh bulan lalu, Bill Gates selain membincangkan isu COVID-19 turut memaklumkan agar negara antarabangsa bersiap sedia dengan kehadiran wabak dan serangan cacar. Nampaknya sebuah lagi ramalan beliau menjadi kenyataan apabila dimaklumkan serangan cacar monyet sudah mulai merebak di 12 buah negara pada ketika ini.

Sumber: the economic times

Berdasarkan cadangan beliau menerusi wawancara bersama Policy Exchange bersama Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan, Jeremy Hunt pada November lalu, Gates pernah menyarankan agar para pemerintah melabur puluhan bilion dolar untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang didakwa bakal menelan kos yang tinggi.

Pengasas bersama Microsoft itu juga mengesyorkan penubuhan Pasukan Petugas Pandemik Pertubuhan Kesihatan Sedunia manakala negara kaya seperti Amerika Syarikat dan Britain terlibat dalam membelanjakan puluhan bilion dolar untuk penyelidikan dalam membasmi wabak yang memberi kesan kepada orang ramai.

“Saya berharap dalam tempoh lima tahun, saya dapat menulis buku berjudul ‘We ARE ready for the next pandemic’.

“Tetapi, ia memerlukan dana yang akan disumbangkan Washington dan London,” kata individu terkaya di dunia itu.

Menurut Bill Gates, penularan wabak yang lebih serius berbanding COVID-19 mungkin berlaku sekiranya orang ramai serta pihak penyelidik tidak mengambil serius mengenai isu yang berlaku.

Untuk pengetahuan, Bill Gates pada bulan ini turut menjangka dunia bakal menghadapi sebuah lagi pandemik yang lebih dasyat dan parah berbanding COVID-19.

Bill Gates Jangka Dunia Bakal Hadapi Sebuah Lagi Pandemik Yang Lebih Dahsyat Dan Parah

Ini Jawapan Bill Gates Bila Ditanya Adakah Vaksin COVID-19 Mengandungi Mikrocip

Sumber