Tony Fernandes, CEO dan pengasas bersama AirAsia telah memberitahu status terbaru AirAsia di dalam sebuah persidangan What’s Next yang ditaja oleh Digital News Asia di Cyberjaya semalam.

Beliau menyatakan AirAsia bukan sahaja syarikat penerbangan tambang murah tetapi juga merupakan sebuah syarikat internet lantaran syarikat penerbangan itu mahu membentuk model bisnes e-dagang, yang kawasan teras meliputi membeli-belah dalam talian dan permainan sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pada dasarnya, kami adalah sebuah syarikat Internet. Kami melihat diri kami sebagai sebuah syarikat Internet. Kami mempunyai sejumlah besar potensi di Internet.

Lebih daripada 20% daripada perniagaan kami datang dari pendapatan sampingan.”

Antara pelaburan AirAsia Group:

  • AAE Travel: usahasama AirAsia dan Expedia
  • Asian Aviation Centre of Excellence
  • Think Big Digital: usahasama AirAsia dan Tune Money
  • 40% pegangan saham dalam Tune Money

Fernandes juga memiliki Tune Group yang antaranya melabur di dalam:

  • Tune Talk
  • Tune Hotels
  • Tune Protect
  • Tune Studios
  • Tune Labs

Peranan internet adalah penting di dalam sebahagian besar operasi-operasi pelaburan tersebut. Dalam masa yang sama, AirAsia sentiasa mencari jalan menambahbaik pengalaman pelanggan melalui teknologi.

“Beberapa minggu lagi, anda boleh daftar-masuk menggunakan aplikasi mobil. Anda boleh cetak tiket penerbangan di rumah… daftar-masuk secara fizikal sudah ketinggalan zaman.” kata Fernandes.

“Kami juga bekerjasama dengan startup yang pakar dalam teknologi pengecaman wajah, supaya tidak lama lagi, anda akan dapat untuk pergi terus ke pesawat,” tambah beliau lagi.

Peranan AirAsia Dalam E-Dagang

Menurut Fernandes, AirAsia mahu menjadi syarikat perdagangan interaktif yang terbesar dan paling menguntungkan di rantau Asia melalui pembinaan pelbagai portfolio, kepakaran dan jenama e-dagang bertaraf global.

Buat masa ini, pihak AirAsia hanya mendedahkan mahu menerajui teras utama e-dagang di dalam sektor membeli-belah atas talian dan permainan sosial.

Dan kunci kejayaan e-dagang ini bergantung kepada tahap kefahaman AirAsia terhadap pelanggan dan data analisa pelanggan yang sedia ada.

“Data memainkan peranan penting di dalam usahasama ini. Data akan menjadi raja.” tambah Fernandes.

Fernandes turut menyatakan dengan sejumlah data sedia ada yang besar itu adalah satu peluang yang sangat baik untuk AirAsia. Tambahan pula, ramai orang mahukan data tersebut. Itu menandakan ada peluang disitu.

Perancangan lain adalah melancarkan TripAdvisor versi AirAsia, dongle untuk pengembara, saluran baru seperti Youtube, dan pelbagai lagi.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram