Kebanyakkan masyarakat pada hari ini sering mengaitkan derma dengan orang kaya dan berpendapat bahawa mereka tidak mampu untuk melakukan kebaikan kerana berfikiran derma hanya melibatkan bentuk kewangan.

Sebenarnya, terdapat pelbagai kebaikan yang boleh dilakukan yang tidak semestinya dengan wang ringgit, yang paling penting adalah niat dalam melakukan kebaikan kerana walau sekecil mana pun usaha, pasti besar maknanya.

Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia, susu Goodday dengan kerjasama ERA dan GEGAR kembali dengan inisiatif terbaru mereka, untuk mengajak orang ramai bersama-sama menyokong kempen ‘Berkat Sepakat Bersama Susu Goodday’.

Sumbangan dalam pelbagai bentuk

Kempen ini bertujuan mewujudkan platform membolehkan orang ramai melakukan kebaikan berdasarkan kemampuan mereka kepada golongan kurang bernasib baik terutamanya mereka terkesan disebabkan oleh pandemik ini.

Susu Goodday akan menyediakan ‘Tapak Berkat’ ke tiga lokasi terpilih di Lembah Klang, Selatan dan Pantai Timur Malaysia bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan tetapi tidak mampu dari segi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan.

Melalui ‘Tapak Berkat’ oleh Susu Goodday, terdapat pelbagai cara bantuan yang boleh dihulurkan, sama ada sumbangan dari segi pakaian, makanan, barangan keperluan harian, pemeriksaan kesihatan dan juga menyumbang tenaga sebagai sukarelawan.

Bukan itu sahaja, yang paling unik, para sukarelawan boleh menawarkan bantuan/sumbangan dari segi kemahiran seperti potong rambut, menjahit, pembaikan kasut, atau apa sahaja jenis kemahiran yang memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan!

Sertai kempen Goodday Berkat Sepakat

Kempen Susu Goodday beri peluang kepada masyarakat untuk membuat amal kebajikan di dalam bulan mulia ini mengikut kemampuan masing-masing.

Dalam pada itu, kempen Berkat Sepakat bersama susu Goodday dilihat sebagai usaha besar pihak susu Goodday di bulan Ramadan untuk memberi peluang kepada semua masyarakat supaya sama-sama dapat menyumbang dan berbuat baik di bulan berkat ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menyumbangkan masa mereka sebagai sukarelawan dengan memberi dan menderma barangan (pakaian, barangan runcit), atau menyumbang kemahiran seperti potongan rambut, menjahit, boleh sertai mendaftar sebagai sukarelawan menerusi pautan ini.

Kempen Goodday Berkat Sepakat akan diadakan dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang di lokasi dan tarikh berikut di seluruh Malaysia:

Sabtu, 9 April 2022 : Dewan Seksyen 7, Kota Damansara, Selangor

Sabtu, 16 April 2022 : Dewan Serbaguna Kundang Ulu, Johor

Sabtu, 23 April 2022 : Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, Kelantan

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif dan aktiviti masa hadapan Susu Goodday, sila layari laman Facebook Goodday Milk Malaysia.

Ketahui lebih lanjut mengenai butiran penuh permohonan KWSP untuk pengeluaran khas RM10,000 dengan klik pautan di bawah.

KWSP Umum Butiran Penuh Permohonan Untuk Pengeluaran Khas RM10,000

Bersahur Dengan Berocca, Menangi AirPods Pro, Nintendo Switch Dan iPad