Persengketaan melibatkan balu Arwah Abam, Nor Hidayah dengan Ali Puteh semakin panas nampaknya selepas pihak mahkamah baru-baru ini mengarahkan rumah arwah ibu Ali Puteh di Batu 10, Gombak disita.

Arahan yang diterima sekaligus membuatkan Ali Puteh kecewa dan hairan kerana beliau berpendapat isu kelewatan membayar tuntutan saman melibatkan RM60,000 itu cuma melibatkan beliau bersama Nor Hidayah sahaja dan tidak melibatkan arwah ibu beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hal ini secara tidak langsung membuatkan Ali Puteh tampil dalam sebuah temu bual ringkas dengan memaklumkan untuk Nor Hidayah berhenti membuat fitnah. Beliau juga turut mengakui pendapat yang tidak menentu pada ketika ini membuatkan beliau gagal untuk membayar tuntutan saman dalam tempoh terdapat serta secara sekaligus.

Pendedahan yang dibuat turut mendapat perhatian ramai khususnya para netizen yang tampil dengan pelbagai persoalan berikutan ujian yang diterima Ali Puteh.

Sementara itu, seorang wanita menerusi TikTok @reinalum yang merupakan bekas peguam tampil dengan sebuah video menjelaskan punca mahkamah mengarahkan rumah arwah Ibu Ali Puteh disita.

@reinalum

Replying to @si_sepet86 Konsep #hartapusaka ✌🏼 #aliputeh #norhidayah #abambocey #bocey #undangundangmalaysia #viralmalaysia #hutang

♬ original sound – Reina Lum – Reina Lum

Menerusi perkongsian, beliau memaklumkan pihak mahkamah berkuasa untuk mengarahkan harta melibatkan individu yang disaman disita sekiranya gagal membayar tuntunan saman.

Dalam kes ini, memandangkan ibu arwah Ali Puteh sudah meninggal dunia, maka mengikut hukum faraid, maka rumah tersebut telah menjadi milik Ali Puteh.

Kegagalan beliau untuk melunaskan saman tersebut telah mendesak rumah tersebut untuk disita yang sekaligus wang penjualan rumah tersebut bakal diguanakan untuk membuat tuntutan saman sebanyak RM60,000.

Walau bagaimanapun, sekiranya harga penjualan rumah dijual dengan harga yang lebih tinggi, maka baki selepas penolakan saman sebanyak RM60,000 bakal diterima Ali Puteh.

Perkongsian yang dibuat bekas peguam ini berjaya menerangkan secara ringkas sekaligus membuatkan para netizen berpuas hati dan faham dengan proses yang dibuat pihak mahkamah. Berikut merupakan respon netizen menerusi perkongsian yang dibuat.

Sumber: tiktok reinalum
Sumber: tiktok reinalum

Diharapkan semoga keluarga Nor Hidayah dan Ali Puteh berjaya mencapai kata putus dalam usaha untuk merapatkan semula hubungan silaturahim antara dua pihak ini. Sebelum ini, seorang peguam syarie turut tampil berkongsi ilmu faraid buat Ali Puteh.