Siapa sahaja tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, pendakwah dan penceramah yang terkenal dengan sifat dermawannya sebelum ini.

Selain berdakwah dan mempunyai perniagaan lain seperti restoran, butik pakaian dan khidmat latihan, Ebit baru-baru ini juga mengumumkan beliau akan membuka beberapa cawangan pasar raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dan kini selepas beberapa minggu pengumuman tersebut dibuat, beliau akhirnya pada semalam memuat naik sekeping gambar salah sebuah cawangan pasar raya miliknya yang sudah lengkap dengan papan tanda dan bersedia untuk dibuka tidak lama lagi.

Berkongsi dalam hantaran tersebut, Ebit turut menjawab persoalan dan pertanyaan orang ramai sebelum ini yang sering tertanya-tanya kenapa beliau memilih untuk membuka perniagaan runcit sedangkan sudah banyak memiliki perniagaan lain sebelum ini.

Walaupun ramai pengikut yang sudah mengetahui pembukaan kedai runcit itu bakal menawarkan harga yang lebih murah demi membantu golongan yang memerlukan, Ebit juga menjelaskan ada beberapa perkara lain yang turut mendorong beliau meneruskan usaha tersebut.

Bukan sekadar harga murah

” Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank.

“Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.

Food bank merujuk kepada tempat penyimpanan makanan dan keperluan yang boleh diakses dan diambil oleh mereka yang memerlukan tanpa perlu membayar.

Program yang hampir sama telah banyak dilakukan sebelum ini di beberapa universiti dan masjid-masjid di seluruh negara.

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas bagaimana food bank anjuran syarikatnya itu akan dijalankan, namun sudah pastinya pengumuman tentang kemudahan itu akan membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk berbelanja.

Secara kesimpulannya, menurut perkongsian terbaru dari Ustaz Ebit ini, pembukaan kedai runcit atau pasar raya ini bukan sahaja akan menawarkan harga yang murah, tetapi turut bakal menjadi medium penyampaian makanan kepada golongan memerlukan serta penyediaan peluang pekerjaan.

Buat anda yang tertanya-tanya di mana cawangan ini berada, Ebit dalam hantarannya menjelaskan ia akan dibuka di sepuluh lokasi berbeza iaitu Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Tidak hairanlah jika ramai yang terpegun dengan cara penyampaian ceramah Ustaz Ebit sebelum ini kerana beliau sebenarnya merupakan anak didik penceramah terkenal Dr Fadzilah Kamsah. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Pernah Jadi Anak Didik Dr Fadzilah Kamsah, Ebit Lew Kongsi Perjalanan Hidup Sebagai Penceramah

Marah Dengan Gedung Kain Terkenal, Netizen Seru Beli Koleksi Baju Ebit Lew Tunjuk Kuasa Pembeli

Walau Dinasihat Tidak Teruskan Bantuan, Ebit Lew Tetap Terima Sokongan ‘Padu’ Netizen