Undang-undang atas jalan raya di Jepun telah mewajibkan kesemua pemilik kenderaan untuk melekatkan pelekat pada kenderaan mereka mengikut kesesuaian lesen dan umur. Tujuannya hanya satu iaitu untuk mengelak berlakunya kemalangan di jalan raya.

Para pemandu jalan raya yang lain juga mesti berhati-hati sekiranya mereka berhampiran dengan kenderaan yang melekatkan simbol pelekat tersebut. Bukan setakat di Jepun malahan ada segelintir rakyat Malaysia juga menampal pelekat sebegini pada kenderaan milik mereka sebagai hiasan semat-mata.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ramai yang salah anggap bahawa pelekat kereta Jepun ini sekadar hiasan semata-mata. Tahukah anda, setiap pelekat kenderaan di Jepun mempunyai maksud yang tersirat dan berikut merupakan penjelasannya.

1. Pelekat Wakaba atau Shoshinsha

Pelekat Wakaba
SUMBER: LOBAK MERAH

Warna hijau dan kuning pastinya terasa dekat dengan warga Kedah. Ramai yang menganggap pelakat ini khas untuk mereka yang berasal dari Kedah. Ternyata sangkaan anda itu salah.

Sebenarnya, pelekat ini digelar dengan perkataan wakaba atau shoshinsha yang bermaksud baru belajar kemahiran memandu; sama seperti pelekat ‘P’ di Malaysia.

Pelekat ini mesti dilekatkan di bahagian depan dan belakang sebagai bukti menunjukkan bahawa pemandu tersebut baru sahaja lulus lesen memandu kurang daripada tempoh satu tahun.

2. Pelekat Bertulis ‘Pemandu Sedang Belajar’

Pelekat belajar pandu
SUMBER: SHIRAYAMAHIME

Simbol pelekat ini pula mempunyai maksud yang sama pada pelekat untuk lesen ‘L’ di Malaysia iaitu pemandu yang masih lagi dalam proses belajar membawa kenderaan.

Kerajaan Jepun beranggapan pelekat yang bertulis ‘pemandu sedang belajar’ sebegini sememangnya dapat memudahkan pengguna jalan raya di sana untuk membezakan pemandu yang sedang belajar memandu. Risiko kemalangan jiwa juga dapat dikurangkan.

Berikut merupakan maksud perkataan Jepun yang dipaparkan pada pelekat berkenaan.

(kyuu bureeki chuui) bermaksud berhati-hati dengan brek kecemasan.

仮免許 (kanmenkyou) bermaksud lesen sementara.

練習中 (renshuuchuu) bermaksud masih dalam latihan.

3. Pelekat Koreisha

SONY DSC
SONY DSC

Pada awalnya, pelekat ini berbentuk seperti titisan air atau dalam bahasa Jepun Momiji yang mula digunakan pada tahun 1997. Pada 2011, kerajaan Jepun telah mengubah corak dan nama pelekat ini iaitu Yotsuba atau maksudnya daun empat musim diperkenalkan untuk menggantikan pelekat Momiji yang sebelumnya.

art of kei
Simboh baharu pelekat Koreisha

Berhadapan dengan pemandu yang membawa kenderaan terlalu perlahan sememangnya menyakitkan hati, apatah lagi jikalau anda ingin cepat sampai ke tempat kerja. Berkemungkinan umur pemandu di hadapan anda sudah tua dan tidak mampu untuk memandu dengan laju.

Di Jepun, pelekat koreisha akan dilekatkan pada kenderaan bagi pemandu yang berusia 70 tahun dan ke atas. Pelekat ini sangat membantu kepada pemandu lain untuk mengenal pasti pemandu berstatus veteran. Bayangkan pelekat sebegini dikuatkuasakan penggunaannya di Malaysia, pasti ramai pemandu yang bersikap berhemah ketika memandu di jalan raya. 

4. Pelekat Choukaku Shougai

Pelekat belajar pandu (1)
SUMBER: PROVIDECARS

Bagi pemandu Orang Kelainan Upaya (OKU) di Jepun yang mengalami masalah pendengaran, mereka perlu melekatkan pelekat choukaku shougai ini pada kenderaan. Seperti yang kita lihat, simbol seakan-akan bentuk rama-rama dipilih sebagai simbolik kepada bentuk telinga yang biasanya digunakan di sesetengah negara.

Simbol pelekat ini sangat membantu kepada orang ramai untuk mengenal pasti pemandu yang tidak boleh mendengar sebarang bunyi di jalan raya. Dinasihatkan juga pemandu normal yang lain supaya tidak memotong kenderaan yang berpelekat choukaku shougai secara agresif untuk mengelakkan pemandu berkenaan berasa terkejut sehingga membahayakan pemandu yang lain.

5. Pelekat Shinta Shougai

STICKER JEPUN
SUMBER: BEQUIETNDRIVE

Kebanyakan pelekat yang mempunyai logo ‘orang duduk di atas kerusi roda’ sebagai simbolik kepada pemandu Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami kecacatan pada fizikal.

Berbeza bagi kerajaan Jepun di mana mereka beranggapan simbol berkenaan sememangnya akan menyinggungkan perasaan pemandu OKU di sana. Untuk menjaga keharmonian pemandu OKU di Jepun, simbol bunga berbentuk hati atau shinta shougai dipilih untuk dijadikan pelekat pemandu yang tergolong dalam kalangan OKU yang mengalami masalah fizikal.

Jika anda ada menampal mana-mana pelekat ini pada kenderaan anda, jadi anda sudah faham maksud sebenarnya. Jangan pula anda tampal kesemuanya. Tersenyum orang Jepun kalau kalau nampak kereta anda nanti.

Berikut beberapa perkongsian mengenai budaya dan kehidupan di Jepun. Klik untuk bacaan lanjut.

Tentera Jepun Siap Sedia ‘Perang’ Dengan Makhluk Asing, Keluarkan Panduan Hadapi UFO

Bawa Konsep Kedai Buku Jepun, Kafe ‘Rahsia’ Di Klang Ini Bakal Jadi Tempat Lepak Anda