Memakai kostum adiwira ketika menjual dan menjaja makanan di tepi-tepi jalan dan pasar-pasar malam bukanlah pemandangan baru di negara kita. Malah trend ini difahamkan sudah bermula sejak beberapa tahun lalu lagi.

Tetapi berbeza dengan penjual berkostum lain yang sekadar menyerupai adiwira-adiwira kegemaran ramai sebagai gimik untuk melariskan jualan, lelaki dari Perlis ini yang mengenakan kostum Spider-Man ketika menjaja teh ais ini mendakwa beliau mempunyai sebabnya tersendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau yang pertama kali membuat kemunculan di Bernama sebelum ini, menjelaskan pemilihan sut Spider-Man itu dibuat kerana beliau pernah digigit labah-labah ketika zaman kanak-kanaknya.

“Saya pilih watak Spider-Man kerana dahulu masa kecil pernah disengat oleh labah-labah,” katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional itu.

Sembunyi identiti sebenar

Tambah misteri, lelaki berkenaan melalui laporan dan temu bual yang dikongsikan juga enggan mendedahkan identiti sebenar beliau- sama seperti yang dilakukan Peter Parker dan Miles Morales ketika menjadi Spider-Man sebelum ini.

Hanya mahu dikenali sebagai Spider-Man Perlis, beliau menjelaskan mempunyai sebab sendiri mengenai perkara berkenaan disamping menjelaskan ianya lebih mudah untuknya mendekati peminat adiwira berkenaan.

Sut yang dipakainya itu juga kelihatan hampir sama dengan sut yang dipakai oleh Miles Morales dalam siri terbaru Spider-Man dan juga permainan konsol berbanding dengan apa yang dipakai oleh Tobey Maguire dan juga Andrew Garfield dalam filem-filem mereka sebelum ini.

Nampaknya kini selepas kota Queens, New York di Amerika Syarikat, bandar Kangar di Perlis juga kini mempunyai Spider-Man mereka yang tersendiri dengan kemunculan terbaru Spider-Man Perlis ini.

Cuma yang membezakan mereka adalah adiwira dari utara tanah air ini membawakan kebahagian kepada penduduk setempat dengan menawarkan teh ais berbanding menentang penjahat dan menjaga keamanan dunia.

Baca juga perkongsian isu-isu semasa di media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Netizen ‘Berbalah’ Tengok Mural Siling Hasil Tangan Hanis Zalikha

Lihat Reaksi Pembeli Berang Selepas iPhone ‘Dummy’ Berharga RM23 Tidak Berfungsi

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Surat Ditulis Sehari Sebelum Berlepas Ke Angkasa Pada 2007

Sumber