Siapa sini seorang food hunter? Tahukah anda terdapat sebuah cafe disebalik vending machine di George Town, Pulau Pinang?

Percayalah disebalik vending machine ini sebenarnya sebuah kafe ‘awesome’ dan menarik yang anda perlu cuba jika berkunjung ke Pulau Pinang. Kafe Dear You ini mengambil inspirasi kafe seperti di Korea dan akan memberikan anda perasaan seperti berada di sana.

Menariknya, setiap sudut kafe ini sangat ‘Instagramable’ dimana sesuai untuk anda mengambil gambar dan dikongsikan di sosial media ataupun hanya sebagai koleksi peribadi.

Tidak hanya itu, ‘vibes’ yang dibawa kafe ini akan membuatkan pelanggan berasa tenang dan selesa. Kiranya memang sesuai untuk ‘hangout’ bersama rakan-rakan anda mahupun yang tersayang.

https://www.instagram.com/p/CF3VnMvHWyG/

Bukan hanya itu, kafe ini juga menyajikan variasi menu untuk anda cuba dan nikmati. Paling menarik perhatian adalah set roti bakar dimana anda boleh bakar sendiri roti itu.

‘Presentation’ makanan yang dihidangkan cukup cantik pasti membuatkan anda rasa sayang mahu makan dan juga mudah buat anda yang mahu mengambil gambar makanan.

Bagi anda yang mahu berkunjung ke kafe Dear You ini, ia dibuka setiap hari pada jam 11 pagi hingga 9 malam. Selamat mencuba!

Sementara itu, kami kongsikan kafe yang anda boleh kunjungi di Pulau Pinang pada pautan di bawah ini.

Nikmati ‘Hi-Tea’ Dengan Suasana Nyaman Dan Santai Di Kafe Kopi Hutan Bukit Bendera

8 Sebab Kenapa George Town, Pulau Pinang Bandar Tempatan Paling Best

Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar ‘Sungai Jernih’ Bersama Ikan Koi Di Pulau Pinang