Setiap pekerjaan ada susah senangnya. Para pekerja gig penghantaran makanan juga tidak terkecuali. Selain cuaca yang tidak menentu, karenah pelanggan pastinya sesuatu yang mereka perlu ‘hadap’ setiap hari.

Baru-baru ini, tular video seorang rider penghantaran makanan yang meluahkan rasa kecewanya apabila menerima ‘duit buruk’ sebagai bayaran untuk makanan yang dihantarnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam video itu, dia berkata pelanggan menyuruhnya untuk meninggalkan sahaja makanan di pagar dan terdapat sampul berisi duit syiling sebagai bayaran. Bersangka baik, beliau terus sahaja meninggalkan makanan tersebut dan berlalu pergi dan sampul tersebut.

Namun apabila tiba di rumah, beliau terkejut apabila menerima duit syiling yang sudah lusuh daripada pelanggan tersebut. Dia pergi kembali ke rumah tersebut untuk menukar wang. Walaupun berulang kali menekan loceng, tiada jawapan daripada tuan rumah.

Rata-rata netizen berasa kasihan dengan apa yang dialami rider berkenaan. Ada juga netizen yang turut memberi nasihat supaya perkara ini dijadikan pengajaran supaya tidak lagi ‘terkena’ dalam urusan penghantaran di masa akan datang.

Walaupun nilai wang yang diterima mencukupi, namun ada sesetengah kedai yang tidak menerima duit lusuh atau terkoyak daripada pelanggan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat kita. Mudahkan urusan orang, Tuhan akan mudahkan urusan kita.