Tinggal di rumah sewa bersama rakan-rakan atau penghuni lain ada kalanya boleh menjadi satu cabaran buat kita. Terutama sekali jika penghuni-penghuni ini berpotensi untuk menimbulkan masalah.

Bila berbicara tentang perkongsian rumah sewa, antara salah satu masalah terbesar yang dihadapi oleh semua orang adalah bila penghuni lain tidak menjaga kebersihan seperti yang diluahkan gadis ini @mnsiatnpahati di Twitter baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
EoOfXvYVgAI8w0R
Gambar keadaan rumahnya yang sentiasa berselerak.

“Bukan nak kata apa,tapi aku dah penat nak hadap hari-hari macam ini . Aku penat balik kerja hari-hari aku kemas tapi akhirnya macam ini juga setiap kali balik.

“Apa benda macam ni? Monyet ke yang duduk dalam rumah ni? Maaf la. Aku ni perempuan, dan aku tak suka,” luahnya di Twitter.

Kejadian itu menurut beliau bukanlah kali pertama berlaku malah boleh dikatakan terjadi setiap hari apabila beliau pulang dari tempat kerja.

Penyelesaiannya? Dia terpaksa meluangkan masa beberapa jam setiap hari untuk mengemaskan kembali rumah mereka dan ada ketikanya berlarutan sehingga jam 9 malam walaupun tiba dari tempat kerja pada jam 6 petang.

Beliau ketika dihubungi The Vocket menjelaskan gambar yang dimuat naik itu bukanlah untuk membuka aib sesiapa tetapi hanya lebih kepada untuk memberi nasihat dan kesedaran kepada orang ramai.

Malah beliau sendiri tidak menyangka luahan yang dilakukannya itu menjadi perhatian netizen terutama di Twitter. Tambah menarik ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka yang hampir sama dengan apa yang dilaluinya.

Ramai alami nasib sama

“Sis, awak tak berseorangan, saya juga hadap benda sama tiap hari. bila ditegur, mereka tunjuk perasaan, masalahnya singki sampai berulat, rambut bersepah, taknak mop taknak sapu rumah.

“Rasa macam nak halau tapi itu pun bukan rumah saya jadi maid sekejap lah lepas balik keje,” komen netizen.

“Rakan serumah saya pun sama, dah guna toilet tak reti nak bersihkan dan jirus.

“Saya pula yang jadi cleaner dia. Toilet tak pernah pun dia cuci. Itu belum kes lupa tutup air sinki. Lupa tutup itu ini. Kalau keluar rambut nak straight je,nak wangi tapi hm,” luah netizen

Walaupun rakan serumahnya menyedari apa yang diluahkannya dan menjelaskan mereka ‘tak reti nak mengemas rumah’ namun bagi dirinya perkara itu jelasnya bukanlah masalah sebenar.

Sebaliknya ia berlaku kerana sikap mereka sendiri yang tidak mengambil inisatif untuk belajar mengenai perkara berkenaan.

“Nasihat saya pada orang yang tak reti kemas ini adalah sebenarnya bukan tidak reti tetapi tidak mahu belajar.

“[…] Saya tidak meminta mereka untuk menjadi pembersih tetapi cubalah belajar untuk menjaga kebersihan.

“Kalau sudah ambil barang letakkan di tempatnya balik, kalau tidak tahu membuat sesuatu, bertanyalah. Buka mulut dan minta diajar. Jangan malas untuk belajar,” pesannya ketika dihubungi The Vocket. 

Tambah beliau lagi, masalah berkenaan seperti yang dihadapinya dan netizen-netizen lain (yang berkongsikan pengalaman buruk mereka bersamanya) dapat diatasi jika setiap orang bertimbang rasa dalam situasi berkenaan.

Walaupun ramai yang menyewa bersama ini tidak mengenali antara satu sama lain, namun jelasnya setiap penghuni perlu bertolak ansur, bekerjasama antara satu sama lain dan sentiasa hormat-menghormati sebab kita sudah dalam satu rumah.

Sikap-sikap ini jelasnya adalah penting kerana mereka berkongsikan rumah yang sama dan sekaligus dapat mengelakkan daripada kejadian dan perkara yang tidak diingini seperti dikongsikan beliau dan netizen-netizen di hantaran yang dibuatnya.

Baca juga luahan hos homestay ini yang kecewa selepas menerima pelanggan dari ‘neraka’ sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Puntung Rokok Bersepah Dan Tilam Bernajis, Hos Homestay Luah Kekecewaan Terima Pelanggan Dari ‘Neraka’

Ulasan Jujur Lelaki Ini Di Resort Milik ‘Dato AS’ Bertukar Menjadi Ugutan

Bayar RM700 Tetapi Rumah Kotor, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Penginapan Airbnb Dari ‘Neraka’

Sumber