Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila Instagram telah menyekat sebahagian akaun pengguna secara tiba-tiba tanpa memiliki sebarang alasan yang kukuh.

Malah, pihak Instagram dalam satu kenyataan di Twitter mengatakan bahawa pihak mereka sedang meneliti masalah tersebut dan telah meminta maaf kepada umum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Oleh itu, ramai pengguna menzahirkan kebimbangan mereka apabila akaun mereka disekat dan tidak dapat akses ke akaun mereka. Malah, ada juga pengguna yang takut jika tidak dapat kembali akaun mereka, maka semua gambar kenangan yang diabadikan di Instagram mereka akan hilang begitu sahaja.

Menjengah ke Twitter dan TikTok, para pengguna yang tidak disekat memberitahu bahawa jumlah pengikut mereka berkurang dan hal ini terjadi mungkin disebabkan masalah yang berlaku ini.

https://twitter.com/ccloudystarssss/status/1587095274346123270

@anetspoo

Help #instagram #instagramdown

♬ original sound – Abe – 64C

@norreen143_

#instagramdown

♬ original sound – Norreen143 – NORR33N

Selain daripada itu, ada juga pengguna yang mengatakan bahawa Instagram mereka ‘crashing’ dimana aplikasi itu akan secara automatik terkeluar selepas beberapa saat. Difahamkan, pihak Instagram telah menyelesaikan masalah terbabit tetapi ada lagi pengguna yang masih berdepan dengan permasalahan tersebut.