Sejak semalam mula tular sebuah perkongsian video yang dikatakan memaparkan seorang murid yang mengaku bapanya memasak daun ketum di rumah.

Jawapan itu dipercayai diberikan murid tersebut selepas gurunya bertanya di dalam kelas tentang aktiviti memasak yang dilakukan di rumah bersama keluarga mereka.

117467489_3284373004963425_5544436341932248494_n
Tangkap layar video murid tersebut yang tular sejak semalam di media sosial

Perkongsian yang tular di beberapa akaun di Facebook bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang kemudiannya mempersoalkan tindakan guru itu berkongsikan video tersebut.

Bagaimanapun, selepas video yang dirakamnya itu mula tular dan menerima perhatian netizen yang rata-rata mempersoalkan tindakannya itu, guru terbabit pada hari ini tampil memberi penjelasan sebenar mengenai perkara itu.

Hanya dihantar kepada ibu murid

Melalui perkongsian yang dibuat di akaun Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi, guru terbabit yang tidak dinamakan telah menghantar pesanan kepada beliau yang video tersebut pada awalnya hanya dirakam untuk dijadikan rujuk kepada pihak keluarga melalui ibunya.

Akhi Fairuz sebelum ini difahamkan memberi ulasan peribadi mengenai tindakan guru tersebut melalui satu hantaran yang dibuat di akaun Facebooknya.

“Cikgu yang merakam video ‘ayah saya masak ketum’ mesej saya. Ya, kita semua maklum soalan yang diajukan itu diulang kali kedua.

“Awalnya cikgu ini dah dengar jawapan masak ketum itu, namun untuk ‘bukti kukuh’, beliau ambil inisiatif untuk bertanya kembali dengan rakaman.

“Apa tujuannya? Nak viralkan ke media sosial? Jawapannya tidak. Menurut beliau, video berkenaan HANYA dihantar kepada IBU kanak-kanak itu sahaja. Saya ulang, hanya kepada IBU murid itu sahaja,” jelas beliau dalam hantaran terbaru yang dibuat hari ini.

Guru terbabit juga difahamkan berniat untuk membantu murid tersebut dengan harapan ibunya tidak melindungi daripada anaknya jika kejadian tersebut benar-benar berlaku.

Mengulas mengenai bagaimana video tersebut menjadi tular dan menarik perhatian ramai, Akhi Fairuz dalam hantarannya berkata ijawapan kepada perkara itu berkemungkinan hanya diketahui ibu murid tersebut.

“Ibu kanak-kanak berkenaan mungkin ada jawapannya. Biasanya kalau video ‘comel’ begini, mestilah cepat-cepat nak share dalam group Whatsapp keluarga.

“Bila dah tersebar di satu group, bayangkan apa akan jadi selepas itu. Dan kita semua dah tahu video ini telah tersebar merata,” katanya dalam hantaran Facebook tersebut.

Walaupun sudah menjadi kebiasaan berkongsi sesuatu di media sosial, namun ada ketikanya ianya adalah lebih baik jika tidak dilakukan seperti perkongsian oleh penceramah ini yang mengundang kecaman daripada netizen. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Persenda Peniaga Tak Buat ‘Sales’ RM1 Juta Sebulan, Azizan Osman Teruk Dikritik Netizen

Ulasan Jujur Lelaki Ini Di Resort Milik ‘Dato AS’ Bertukar Menjadi Ugutan

‘Remove Ajai As A Jury’, Netizen Bandingkan Cara Profesional Juri Di Indonesia Dengan Malaysia