Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki dimandikan seperti ‘jenazah’ kerana cuba mencuri tabung masjid. Susulan daripada itu, Mahkamah Majistret Selayang, Kuala Lumpur telah memerintah agar remaja berkenaan iaitu Daniel menjalani hukuman penjara selama 10 hari dan didenda RM4,000.

Menurut peguam Azman Abdullah yang mewakili remaja memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan alasan ini kali pertama anak guamnya membuat kesalahan dan dia telah insaf. Tambahnya, anak guamnya itu mencuri kerana memerlukan duit untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hal ini telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap Daniel. Menerusi laporan, datuk kepada remaja tersebut tampil memberikan penjelasan dan menafikan dakwaan cucunya mencuri untuk membeli ubat.

Menurut datuknya itu, Daniel merupakan seorang remaja bermasalah dan baru terjebak menjadi penagih. Malah, dirinya yang minta AJK masjid buat laporan ke atas cucunya agar dia jadi orang berguna.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata remaja berusia 19 tahun itu mengaku terjebak dengan dadah sejak setahun yang lalu serta bermain judi dalam talian.

Bagi anda yang terlepas isu ini, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Hukum Pencuri Dengan ‘Mandi Jenazah’, Tindakan Ahli Masjid Ini Terima Kritikan PU Syed

Takut Tidak Dapat Bonus Tahunan, Pasangan Penjawat Awam Sanggup Beli Sijil Vaksin Palsu

Bantu ‘Stranger’ Ikat Tali Leher, Layanan Persis Anak Sendiri Bikin Netizen Terharu