Sebuah video ‘prank’ yang menunjukkan seorang gadis kantoi curang dengan teman lelakinya selepas ditawarkan RM20,000 telah tular di media sosial.

Malah, video tersebut telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen. Rata-rata netizen memberikan pendapat yang berbeza, ada yang tidak bersetuju untuk buat ‘prank’ seperti ini untuk menguji kesetiaan.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa wanita itu tersepit dan menerima tawaran wang tersebut untuk bina kerjaya sendiri. Malah, ada yang berpendapat wanita itu salah kerana menerima tawaran tersebut.

Berikutan itu, netizen juga ada mencabar pihak Bros Gang untuk prank lelaki pula untuk uji kesetiaan mereka. Menerusi tinjauan kami, Bros Gang TV pernah tampil video prank lelaki sebelum ini tetapi kebanyakan videonya lebih kepada prank wanita.

Untuk pengetahuan anda, channel Bros Gang TV ini tampil dengan konten gold digger test iaitu satu ujian yang telah dirancang untuk menguji sama ada perempuan tersebut ‘mata duitan’ ataupun tidak.

Setiap orang memiliki pendapat tersendiri dan anda boleh nilai sendiri sama ada konten seperti ini bagus untuk tontonan umum ataupun tidak. Apakah pendapat anda akan konten sebegini?

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan ‘prank’ yang pernah dibuat Bros Gang pada pautan di bawah ini. 

Lihat YouTuber Ini ‘Kantoikan’ Bakal Tunang Rakan Mereka Menerusi ‘Gold Digger Test’

YouTuber Terkenal Hilangkan Diri Selepas Pesan 20 Burger Semata-Mata Untuk Konten ‘Prank’?

‘Prank’ Kotak Sumbangan Sahur Berisi Sampah, YouTuber Indonesia Akhirnya Dicekup

Anda Mungkin Suka