Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebelum ini, Siti Kasim iaitu seorang peguam telah mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad memakai jam berjenama mewah Rolex.

Hal tersebut mendapat perhatian Idris Ahmad dan beliau menyangkal tuduhan itu lalu menjelaskan perkara sebenar. Dalam perkongsiannya di Facebook, Idris Ahmad menegaskan jam dipakainya hanyalah sebuah jam berjenama Buruj bukanlah Rolex seperti dakwaan Siti Kasim.

Tambahnya, jam jenama Buruj yang dipakainya sejak sekian lama adalah  untuk memudahkan beliau tahu waktu solat serta arah kiblat. Malah, jam berjenama Buruj yang dipakainya itu berharga tidak sampai RM300.

Isu ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen menegur kenyataan Siti Kasim yang berbaur fitnah itu serta mahu Siti Kasim meminta maaf pada Idris Ahmad.

Malah, ada juga mengatakan seharusnya Siti Kasim selidik terlebih dahulu dan segelintir netizen mencadangkan mungkin Idris Ahmad boleh hadiahkan jam Buruj kepada Siti Kasim.

Selain itu, para netizen turut mengatakan pasti tidak lama lagi harga jam tersebut akan meningkat dan netizen juga mempamerkan jam jenama Buruj mereka di ruangan komen.

Sementara itu, jam tangan Tengku Zafrul turut pernah jadi perhatian. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut. 

Jam G-SHOCK ‘Belanjawan 2021’ Tengku Zafrul Kini Jadi Buruan

Selepas G-SHOCK TMJ, Tular Pula Model GA-2000S Yang Dipakai Tengku Zafrul

Selepas Model Blackout, G-Shock ‘Skeleton’ TMJ Pula Menjadi Buruan Peminat