Orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk kembali beriadah terutama melibatkan aktiviti pendakian setelah terpaksa berehat panjang dek kerana beberapa siri perintah kawalan pergerakan sebelum ini.

Perkara itu dapat dilihat apabila Bukit Broga yang sememangnya menjadi tumpuan para peminat sukan mendaki mula dipenuhi dengan pengunjung seperti yang dikongsikan netizen di Twitter hujung minggu lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini menyatakan aktiviti pendakian merupakan antara aktiviti yang dibenarkan untuk berjalan bermula 15 Jun lalu.

Bagaimanapun, gambar yang tersebar itu sudah pastinya sedikit merisaukan memandangkan negara kita masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sehingga 31 Ogos ini dan masih lagi mempunyai kes aktif COVID-19 dalam negara.

Walaupun tidak menafikan kebenaran untuk aktiviti tersebut kembali berjalan seperti biasa namun rata-rata netizen mempersoalkan SOP yang diamalkan para pengunjung kawasan tersebut dengan barisan dilihat berada dalam jarak yang sangat dekat dan ada yang tidak memakai pelitup muka.

Komen Majlis Perbandaran Kajang

Kesesakan itu menurut Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) berkemungkinan berlaku kerana kawalan sendiri yang dilakukan pengendali kawasan parkir di kawasan berkenaan.

“Bukit Broga berada di bawah seliaan MPKJ, namun setakat ini, tiada pegawai ditempatkan secara khusus di situ memandangkan kawalan ke laluan masuk dilakukan pemilik tanah serta pengendali parkir.

“Kita tidak jangka pendaki yang datang seramai itu dan ia mungkin rentetan daripada kebenaran melakukan aktiviti mendaki dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

“Lagipun, kawasan itu memang menjadi tumpuan pendaki sebelum ini jadi mereka tentunya mengambil kesempatan untuk datang pada hujung minggu lalu,” katanya.

Pihak mereka juga katanya berharap agar pemilik tanah dapat menggunakan khidmat anggota Rela bagi mengawal kesesakan yang berlaku di kawasan tersebut selepas ini.

Selai itu, mereka juga menjelaskan akan mengambil langkah lebih efektif seperti meletakkan pegawai mereka di sana sekiranya keadaan berada di luar kawalan.

Tahukah anda seramai 4 juta pengguna domestik dengan bil elektrik RM77 ke bawah bakal menikmati bil elektrik percuma bermula dari April hingga Jun ini. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

4 Juta Rumah Bakal Ditawarkan Bil Elektrik Percuma

TM Lawat Gadis Jawab Peperiksaan Atas Pokok Di Sabah