Selepas pengumuman Malaysia sebagai satu-satunya lokasi Asia untuk konsert ‘The Will of The People’ TOUR 2023, pihak Hello Universe hari ini mengumumkan lokasi konserti ini yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Bukit Kiara Equestrian Resort pada 29 Julai 2023.

Dalam temu bual khas bersama CEO Hello Universe, Adam Ashraf berkata lokasi ini dipilih selepas mengambil kira pelbagai aspek. “Kami mahu MUSE ‘The Will of The People’ TOUR 2023 ini jadi acara pertama skala besar yang berlangsung di sini selepas beberapa tahu.

Baca Juga:

“Pertamanya, lokasi ini mampu menampung kapasiti 50,000 hingga 80,000 orang dan pada hari konsert. Keduanya, kami akan transform Bukit Kiara Equestrian mengikut tema ‘The Will of The People’ TOUR. Jadi pengunjung boleh tiba awal ke venue untuk menyertai pelbagai aktiviti khas yang akan berlangsung pada tarikh 29 Julai nanti,” kata Adam.

https://www.instagram.com/p/CpMleeoyxYf/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Dari segi pengangkutan pula, Adam berkata pihak Hello Universe akan menyediakan tempat parkir khas untuk pembeli tiket dan perkhidmatan shuttle akan disediakan secara percuma untuk pembeli dari lokasi tempat parkir tersebut serta stesen LRT dan MRT terdekat dari Kuala Lumpur Bukit Kiara Equestrian Resort.

Adam menjangkakan peminat dari seluruh Asia akan hadir ke konsert ini kerana Kuala Lumpur satu-satunya lokasi yang dipilih oleh MUSE. “Semasa kami terima khabar bahawa MUSE setuju jadikan Malaysia sebagai satu-satunya lokasi persinggahan ‘The Will of The People’ TOUR 2023, kami rasa terkejut dan teruja.

“Kami akui kami mungkin kecil berbanding promoter-promoter luar lain yang turut sama melobi MUSE untuk buat konsert ini di negara mereka tetapi akhirnya mereka pilih Malaysia. Kami sahut cabaran itu dan akan beri yang terbaik kepada mereka yang hadir ke konsert ini nanti,” kata Adam.

Tiket ‘Presale’ Akan Dijual 2 Mac 2023

https://www.instagram.com/p/CpMl0BWSeRy/

Hello Universe turut mengumumkan tarikh pembelian tiket konsert ini secara presale pada Khamis ini (2 Mac) pada jam 2 petang. Istimewa jualan tiket presale ini adalah, peminat MUSE boleh membeli tiket secara bayaran installment di laman www.golive-asia.com

Bayaran installment cuma tersedia pada jualan presale sahaja dan ini masa terbaik untuk peminat membeli tiket.

Kategori tempat duduk dibuka pada 3 Mac 2023

Selain tiket Zon A (RM950), Zon B (RM550) dan Zon C (RM350), tiket seating Zon D berharga RM750 akan ditambah dan dijual pada 3 Mac. Tiket di kawasan ini adalah terhad dan ditawarkan untuk sesiapa yang lebih gemar menonton konsert secara duduk. Dan tiket pada 3 Mac boleh dibeli di www.ticket2u.com.my

Adam turut menambah persembahan ‘opening act’ oleh artis tempatan akan dipilih sendiri oleh MUSE. Satu pertandingan akan dianjurkan Fly FM dan Hot FM untuk sesi pemilihan ini dan tarikhnya akan diumumkan kelak.

Peminat setia MUSE, jangan terlepas peluang untuk membeli tiket ini kerana anda akan ‘berlawan’ dengan peminat MUSE dari seluruh Asia.

“Ini adalah satu-satunya persinggahan MUSE di Asia dan saya dapat jangka ramai peminat MUSE dari seluruh Asia mahu menonton konsert ini.

“Mengapa? Sebab apa yang peminat di Eropah dan Amerika Syarikat lihat (dari segi rekaan pentas,efek lampu dan efek pyro), itulah apa yang mereka akan bawa dan persembahkan kepada peminat di Malaysia nanti!” ujar Adam lagi.